CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4490|Reply: 40

Nampak Ibu 'Main' Dengan Boyfriend, Murid Lelaki Ajak Kawan Perempuan 'One By One' Atas Katil

[Copy link]
Post time 15-12-2022 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Penceraian yang berlaku antara ibu dan bapa sering menjadi punca anak-anak bermasalah sehingga mengganggu perkembangan emosi.


Malah ia turut memberi kesan terhadap pergaulan dengan rakan sebaya terutama dalam kalangan kanak-kanak yang cenderung untuk meniru tanpa mengetahui kesannya.


Seperti situasi yang dikongsikan seorang guru disiplin (bahagian sahsiah murid) di sebuah sekolah di Sabah baru-baru ini, dia agak terkejut apabila menerima aduan berkaitan hubungan ranjang oleh seorang murid perempuan.








Mana tidaknya, berdasarkan aduan berkenaan, seorang murid lelaki berusia 12 tahun itu dikatakan mengajak pengadu untuk berdua-duaan di atas katil.


"Dia kata kepada budak perempuan tu ‘weh jomlah kita one by one atas katil’," demikian cerita guru terbabit.


Bimbang kejadian buruk berlaku, Noorazma Mohd Toha yang turut mengajar subjek bahasa Arab memanggil murid terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut.


Apa yang menyedihkan adalah murid terbabit mengakui kata-katanya selain memaklumkan pernah melihat ibunya melakukan aksi ranjang.







Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 12 tengah malam semasa dia terjaga kerana mahu ke tandas dan pada masa itu rumah lamanya jenis binaan kayu serta tidak mempunyai bilik.


Bercerita lanjut, guru berusia 32 tahun menyatakan, murid lelaki tersebut merupakan seorang yang bermasalah dan selalu tunjuk protes serta membuat bising kerana inginkan perhatian.


“Bila saya siasat, memang dia ada family problem. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik.


“Mak ayah sudah bercerai dan yang dia nampak ‘bersama’ tu emaknya dengan pasangan baru. Saya difahamkan bahawa emaknya dan pasangan baru tersebut belum berkahwin,” ujarnya ketika dihubungi mStar.


Ekoran daripada itu, Noorazma memberi perhatian khusus bagi mengelakkan murid terbabit terus terjerumus dalam masalah sosial.


“Saya katakan pada dia supaya membaiki dan menjaga solat lima waktu... jaga setiap perkataan yang keluar daripada mulut serta batas pergaulan dengan murid perempuan,” ujarnya.


Menurutnya lagi, selepas beberapa ketika teguran diberikan dia melihat perubahan positif dalam diri murid terbabit.


Ia juga susulan program khusus yang disediakan bagi membantu murid bermasalah.


“Alhamdulillah serba sedikit memang nampak perubahan positif selepas ditegur.


"Kami daripada unit disiplin dan unit kaunseling sekolah ada buat program susulan dengan murid sasaran,” tambahnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
J models may want to share their thoughts...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku take note benda ni. Tq ustazah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 15-12-2022 08:31 PM
Aku take note benda ni. Tq ustazah

Dah berapa lama menjanda?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kes ank fatin bongkar mak tdo ngn bf kt ex
kalau nak togeder geder ngn bf xhalal pun jgn la tunjuk sgt dpn ank..bkn takat mak nya xberguna..dia nk didik ank sekali hauk mcm dia..
org jd mak dia pun nk beranak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aiol cakap she capub kena kecam tak. dia g cerita kt org bnde2 gini esok budak2 skolah tau, tak ke depa kasi selidik nk tau mak siaper sundal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 15-12-2022 08:42 PM
kalau aiol cakap she capub kena kecam tak. dia g cerita kt org bnde2 gini esok budak2 skolah tau, ta ...

Aku pon terpk bnda ni gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu zaman skrg. Semua nak cerita kat tiktok.  Nak kumpul follower
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 10:20 PM | Show all posts
Cikgu pun toksah ler kepochi sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 10:23 PM | Show all posts
Dahsyat betui budak2 kecik zaman la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 10:27 PM | Show all posts
Sebelum ni i pernah baca anak nmpk sebab tido sebilik dgn parent
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 11:08 PM | Show all posts
sebelum ni ada sekor syed "i wanna touch a dog" pun suka up benda2 camni

cuba tengok syed dog ni perangai macam bangsa apa???

kohkohkohkohkohkoh



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
PetitionWriter replied at 15-12-2022 11:08 PM
sebelum ni ada sekor syed "i wanna touch a dog" pun suka up benda2 camni

cuba tengok syed dog ni pe ...

Mcm kelempok


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 11:15 PM | Show all posts

macam ke memang??
sejak bila kau berlapik lapik sangat ni lin!?


kohkohkohkohkohkoh

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu pun tak payah la nak share kat socmed dgn muka kau setepek kat situ.. tak paham konsep confidentiality ke bbnu ni semua.. yihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67: kalau aiol cakap she capub ken ...

Dia cerita ni supaya masyarakat ambil pengajaran. umat islam malaysia dah terlalu liberal, dah tak takut hukuman Allah, azab Allah bukan tunggu kat akhirat, kat dunia pun dah ada. Bukan setakat yg kafir, liberal je kena, yg beriman pun akan kena.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerbumpy replied at 15-12-2022 08:34 PM
Dah berapa lama menjanda?


Doakan sy dr menjanda ya sistur
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:34 AM | Show all posts
ni jenis cikgu yg bila anak murid cte terus canang satu bilik guru lah ni. budus
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:43 AM | Show all posts
Cikgu macam ni macam cikgu kaunseling, once kau cerita semuanya, esok satu sekolah termasuk makcik kantin & pak guard sekolah tahu masalah kau......mulut kepohhh... semua benda nak share ke public.. ni baru public, dalam bilik guru tu sah-sah kekawan cikgu lain sibuk nak tanya "siapa weh?" haa...ingat dia boleh tahan ke simpan rahsia tu...tidak ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048272 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list