View: 895|Reply: 5
|
Muka Cedera,Telinga Dan Kulit Kepala Tercabut Sebab Rambut Tersangkut Mesin
[Copy link]
|
|
LONDON – Sebahagian kulit kepala seorang lelaki di Britain tercabut dari kepalanya selepas rambutnya tersangkut pada sebuah mesin dalam kejadian ngeri yang berlaku di tempat kerja, lapor portal berita Daily Mirror semalam.
Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu dilaporkan bekerja untuk syarikat Caspian Group Limited dan dia mengunjungi syarikat tersebut yang terletak di bandar Scunthorpe.
Bagaimanapun, rambut gaya ekor kudanya tersangkut pada sejenis komponen berputar yang kemudian mengakibatkan muka, kulit kepala dan telinganya tercabut menyebabkannya dirawat selama dua minggu di hospital dan memerlukan pembedahan kulit, lapor saluran berita Grimsby Live.
Foto: HSE
Mangsa juga terpaksa menjalani pembedahan memotong salah satu jarinya akibat cedera ketika kejadian.
Selepas kejadian itu yang berlaku pada 25 Oktober 2018, satu siasatan dilakukan oleh Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan (HSE) dan mendapati ia adalah mesin terpakai yang dibeli pada tahun sebelumnya.
Syarikat itu kemudian mengaku bersalah dan didenda sebanyak £70,000 (RM382,528) selain diperintahkan membayar £13,012 (RM71,106) di Mahkamah Majistret Grimsby. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kalau.masuk kilang kena pakai sarung kepala ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by midori888 at 15-12-2022 10:53 PM
Kesian..... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la lgbt lelaki nk jadi perempuan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
oo hidup lagi kan. okaylah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|