CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 5

Tak Puas Hati Isu Main Bola, Lelaki Lempar Air Kencing Dan Bekas Minyak Hitam Ke Rumah Jiran

[Copy link]
Post time 15-12-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Seorang lelaki diperintah membayar denda RM3,100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah melempar bungkusan air kencing dan bekas minyak hitam ke rumah jirannya.


Tertuduh, Mohd. Nazri Nazaruddin, 41, membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah berkelakuan menghinakan dengan cara melemparkan satu bungkusan cecair yang dipercayai mengandungi air kencing ke arah rumah jirannya, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanannya.




Foto: utusan




Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 9 pagi di KM5 Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 18 Oktober 2022.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda sehingga RM100, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati melakukan khianat terhadap rumah sama dengan cara membaling satu bekas minyak hitam berniat menyebabkan kerosakan kepada harta dengan nilai RM150 iaitu melebihi RM25 pukul 11.40 pagi, 7 Disember 2022.


Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Difahamkan, tertuduh melakukan perbuatan itu susulan tidak berpuas hati mengenai isu bermain bola di kejiranan tersebut.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan didorong perasaan marah ketika kejadian.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.


Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM100 atau lima hari penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar untuk pertuduhan kedua. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesal tak penjarakan terus?

Beruk mcm ni sumbat je dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 main bola dekat rumah dia ke?


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:31 AM | Show all posts
hahahahah adan uke jiran dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 16-12-2022 08:47 AM

Mesti dah geram sangat letewww...
Teringat kisah ada anak jiran dasar spoiled brat main bola sampai rosak bumbung rumah orang, bila diadu kepada ibu bapa budak tu eh sampai serang-menyerang antara pengadu dan bapak budak yg menangkan anak tuh kat Klang dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:32 AM | Show all posts
Edited by antikorok at 16-12-2022 08:34 AM

Budak B*bi tersengih sinis


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040009 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list