CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1992|Reply: 20

Alami Demam Panas Dan Jangkitan Kuman Pada Otak, Pesakit Umur 19 Tahun Mati Terjatuh Dari Tigkat 7 Hospital Temerloh

[Copy link]
Post time 15-12-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode
TEMERLOH – Seorang lelaki yang sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan hospital berkenaan semalam.


Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki berusia 19 tahun itu bertindak terjun daripada tingkat tujuh bangunan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.




Foto: Kosmo




“Siasatan dijalankan mendapati tiada sebarang kaitan dengan unsur jenayah dan si mati merupakan seorang pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan.


“Berdasarkan laporan daripada doktor, pesakit dirawat kerana mengalami demam panas dan juga jangkitan kuman pada otak,”katanya di sini hari ini.


Menurut Mohd Azhar polis telah membuka kertas siasatan dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.


Katanya, mayat mangsa di hantar ke unit forensik Hoshas untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat.


“Pihak polis mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini dan sekiranya ada maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dan balai berdekatan,”ujarnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kat statement blassoff
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam pulak kes skrg ni... Kenapa kau dek? Tak tahan sakit kepala ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau sakit mcm ni bkn ke dikoma kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:18 PM | Show all posts
JunkMail replied at 15-12-2022 12:56 PM
Macam macam pulak kes skrg ni... Kenapa kau dek? Tak tahan sakit kepala ke?

mungkin. kita sakit kepala stress, pun rasa kepala macam kena jerut dawai berduri. kena migrain rasa macam sebelah kepala kena tindih batu berat sakitnya.. ni jangkitan kuman.. tak dapat aku bayang dia punya sakit tu macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 15-12-2022 05:09 AM
kalau sakit mcm ni bkn ke dikoma kan

Tak juga. Pernah nampak budak umur 5 tahun (OKU. Macam ada cerebral palsy gitu) kena jangkitan kuman kat otak. Sepital daerah aku kasi antibiotik je. Oksigen turun sampai 60 pehtu balik2 kena sawan kat wad pun nurses buat dek ja. Aku kuar awal dari budak tu. Ntah hidup ka mati. Kesian betul mak dia orang kampung ja so tak berani marah2 staf sepital lembab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 01:39 PM | Show all posts
Demam panas, ni mesti sampai jadi halusinasi.
Nurse tak monitor ke.

Sis tanya ja
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti parents terkejut.  Kalau dah demam panas gitu, larat ke nak bangun dari katil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 04:08 PM | Show all posts
aiyo ini mesti pengarah dan pengurusan pening nak buat repot nak menjawab negeri, hq
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba terfikir, si mati ni terjun dari mana? Bukan biasanya tingkap hospital semuanya locked securely takut ada patient pi bunuh diri? Hospital Temerloh ni ada balkoni ka nak terjun2?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:13 PM | Show all posts
dah dua kes jatuh/terjun dari hoshas
dalam masa setahun
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
MoonRise replied at 15-12-2022 01:39 PM
Demam panas, ni mesti sampai jadi halusinasi.
Nurse tak monitor ke.


Kalau akak nurse pun akak tak kuasa nak pantau sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-12-2022 04:11 PM
Tetiba terfikir, si mati ni terjun dari mana? Bukan biasanya tingkap hospital semuanya locked secure ...

Manade..spital gomen panas weyh..harusla buka tingkap luas2..
Melainkan wad mental, adalah grill kt tingkap
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-12-2022 04:11 PM
Tetiba terfikir, si mati ni terjun dari mana? Bukan biasanya tingkap hospital semuanya locked secure ...

Ntahler ticer..kalau spital nurzahirah tganu,takde grill bagai..lapang gitu jer tingkap..
Kiranya orang sakit.mana larat nak panjat2 ,terjun...baringggggggggg jer .
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 15-12-2022 08:45 AM
Ntahler ticer..kalau spital nurzahirah tganu,takde grill bagai..lapang gitu jer tingkap..
Kiranya  ...

Memang takda grill tapi bukankah tingkap tu berkunci uols?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 15-12-2022 08:37 AM
Manade..spital gomen panas weyh..harusla buka tingkap luas2..
Melainkan wad mental, adalah grill k ...


Sepital tempat aku (sepital wanita dan kanak2) tak boleh bukak tingkapnya. Agak bodoh? Cuai? sepital yang tak kunci tingkap ambik langkah keselamatan...Hospital daerah aku boleh la bukak tingkapnya luas2 tapi nak terjun pun takkan mati sebab setingkat teres ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasti apa penyakit adik ni tapi kalau ada yang berminat nak baca pengalaman pesakit yang doktor mula2 syak sakit mental tapi sebenarnya dia ada rare brain disorder yang sebabkan radang otak, boleh cari buku tajuk Brain on Fire. Rasa macam ada filem juga tapi saya belum tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MoonRise replied at 15-12-2022 01:39 PM
Demam panas, ni mesti sampai jadi halusinasi.
Nurse tak monitor ke.


Iols kalau demam panas akan alami mimpi sprt nampak batu bata besar nak hempak iols kadang terasa mcm siling umah nk jatuh bagai.
Kadang nampak mcm batu bata byk2 kejap besar kejap kecik.
Rupanya mimpi ngeri ketika demam panas ni bkn iols sorang je lalui.
Ramai je yg kena terutama bila suhu badan tinggi. Menda ni pun penah dikupas kat FB Public Health Malaysia sblm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-12-2022 07:03 PM
Sepital tempat aku (sepital wanita dan kanak2) tak boleh bukak tingkapnya. Agak bodoh? Cuai? sepit ...

thread yg sedih & serius tapi tergelak pula ayat last. Terjun pun tak mati. Haruslah yg berkeinginan commit suicide pilih cara lain. bukan terjun tingkap. Saat2 terakhir nak suicide pun akan berfikir waras yach pilih tingkat tinggi2 utk terjun. Tidaklah pula mangsa dlm kes ini terjun tingkap dari tingkat bawah sekali
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 15-12-2022 04:37 PM
Manade..spital gomen panas weyh..harusla buka tingkap luas2..
Melainkan wad mental, adalah grill k ...

Panas ke hoshas tu? Setau iols hoshas ni spital baru lah juga.
Tak penah admit situ tp ahli keluarga selalu la ada masuk wad kat sana jd biasala kuar masuk melawat, malah arwah mak iols pun meninggal kat hoshas juga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.726492 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list