CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 5

Gaji Bawah Paras Inflasi, Pekerja Kereta Api Mogok Kerajaan Tak Cekap

[Copy link]
Post time 15-12-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja kereta api Britain mengadakan mogok di seluruh negara selama dua hari bermula kelmarin sekali gus menandakan bulan piket melibatkan pelbagai profesion daripada jururawat hinggalah kepada pekerja kawalan pasport.


Perkembangan itu menyaksikan berjuta-juta orang berdepan kesukaran menjelang sambutan Hari Krismas.




Pengguna perkhidmatan awam menunggu kereta api yang lambat tiba di Stesen Stratford, London kelmarin. -- AFP





Orang ramai sukar berulang-alik dari tempat kerja dengan ramai antara mereka memilih untuk tinggal di rumah ketika beribu-ribu ahli kesatuan sekerja kereta api terbesar Britain, (RMT) melancarkan mogok kerana kecewa gaji di bawah paras inflasi.


Tanpa mempedulikan ais dan salji, ahli-ahli kesatuan sekerja RMT berpiket di stesen-stesen kereta api utama Britain kelmarin yang menyaksikan perkhidmatan tren terjejas, manakala orang ramai dinasihatkan untuk melakukan perjalanan hanya sekiranya perlu.


Kereta api bergerak dari pukul 7.30 pagi hingga 6.30 petang sahaja sepanjang dua hari mogok berlangsung dengan cuma satu daripada lima perkhidmatan yang ada beroperasi.


Di stesen Kings Cross London, Allan Smith yang merupakan seorang pembangun laman web berusia 28 tahun berkata, dia bersimpati dengan pekerja-pekerja kereta api walaupun dirinya berdepan kesukaran untuk melakukan perjalanan ke lapangan terbang Heathrow.


“Saya benar-benar bersimpati. Keadaan teruk untuk rakyat pada masa ini,” katanya.


Bekas anggota bomba, Chris McBride, 74, pula menyalahkan ‘kerajaan yang tidak cekap’ sebagai punca kesukaran yang berlaku, manakala lebih banyak mogok dirancang antara sekarang hingga Tahun Baharu.


Britain mengalami gelombang piket pada skala yang tidak pernah berlaku sejak tahun 1980-an, selepas kadar inflasi menongkah dua digit. Kos sara hidup dan kos tenaga di negara berkenaan melambung tinggi akibat perang di Ukraine.


Pekerja-pekerja pos melancarkan mogok dua hari bermula hari ini (waktu Malaysia), manakala jururawat bersedia untuk berpiket buat kali pertama dalam tempoh 106 tahun bermula esok, semuanya kerana menuntut kenaikan gaji.


Pekerja kereta api akan mengadakan mogok dua hari lagi mulai lusa (waktu Malaysia) dengan mereka akan diser­tai oleh pemandu bas, pekerja lebuh raya dan pengendali bagasi lapangan terbang.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 12:41 PM | Show all posts
ooh igtkn kt cni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama diaorg nak mogok Tu..cuma bila queen Lizzy mati..diaorg postponed kan...tapi yg best nya diaorg bgtau awal awal...takdela penumpang terkesan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 15-12-2022 12:41 PM
ooh igtkn kt cni

Kat sini lrt yg mogok sbb X diselenggara dgn baik..prasarana buat apa tah..staf ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:02 PM | Show all posts
wirazam replied at 15-12-2022 12:56 PM
Kat sini lrt yg mogok sbb X diselenggara dgn baik..prasarana buat apa tah..staf ramai2

lps tu ade ati mtk rkyt support pkai public transport
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 15-12-2022 01:02 PM
lps tu ade ati mtk rkyt support pkai public transport

Yg takleh blah..statement sapatah..org besar ktmb tu pasal org X naik komuter...dah servis cam siput dan tak reliable sapa yg nak naik kan...yg ets pulak mmg dpt sambutan tapi nak beli selalu sold out..diaorg takleh tambah frequensi perjalanan ke???
..dulu dulu zmn paklah ke najib yg janji akan improvekan public transport..siap bw entourage ramai2 naik lrt/komuter pastu cam xde apa apa pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037768 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list