CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3974|Reply: 40

Ibu Hamil 33 Minggu Terkejut Tiba-Tiba Positif HIV, "Entah Dari Mana Dapat"

[Copy link]
Post time 15-12-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Menimang cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin.


Pastinya pelbagai persiapan dilakukan bagi menyambut kelahiran zuriat yang dinanti-nantikan.


Namun bagi seorang wanita, kebahagiaan itu tiba-tiba terhenti selepas membuat pemeriksaan kandungan di sebuah klinik swasta.


Mana tidaknya, dia disahkan positif HIV selepas pemeriksaan darah dilakukan.




Gambar Hiasan




Apa yang lebih menghairankan, virus tersebut dikesan pada usia kandungannya memasuki 33 minggu.


Menerusi perkongsian di laman Facebook Page ibu hamil, wanita berkenaan bertanyakan sama ada situasi sepertinya turut dihadapi oleh wanita lain.


“Assalamualaikum. Adakah sini ibu-ibu mengandung detect positif HIV?


“Saya pregnant anak nombor empat, sekarang 33 minggu. Pertama kali buka buku pink dekat klinik swasta.


“Entahlah doktor test double line pula tapi tak terang. Takut, risau sebab entah dari mana dapat,” luahnya.


Selepas dimaklumkan positif, ujian darah turut dilakukan ke atas suaminya.


Namun, keputusan yang diterima adalah negatif.


Dalam pada itu dia turut meluahkan rasa hairan kerana tidak dimaklumkan lebih awal iaitu semasa buku pemeriksaan kandungan atau ‘buku pink’ dibuka pada awal kehamilan.


“Time buka buku mereka tak bagitahu, sekarang 33 minggu baru dimaklumkan,” ujarnya.


Bagi memastikan sama ada dia benar-benar menghidap HIV, pihak klinik membuat sekali lagi ujian darah pada Selasa.


Pastinya wanita ini berharap berlaku ralat pada keputusan ujian awal yang diterimanya sebelum ini.


“Tadi ambil darah repeat, insyaAllah negatif. Risau sangat,” luahnya lagi.


Perkongsiannya itu mendapat maklum balas daripada warganet.


Melihatkan situasi yang dialami wanita terbabit agak ‘rare’, warganet meninggalkan komen memberi kata semangat kepadanya.


Malah kesemua mereka mendoakan supaya keputusan awal yang diperoleh itu berlaku kesilapan atau ralat pada kit ujian.


“Jangan risau sis, kadang masalah teknikal insyaAllah tak ada apa-apa.


“False result sis. Tunggu next test result ya! Boleh jadi kit tu yang rosak juga... moga semua urusan dipermudahkan, jangan stres ya.


“Yang test pertama boleh jadi false positive. Tunggu result darah... kalau negative maksudnya result test pertama tu salah,” ujar beberapa netizen memberi kata-kata perangsang kepadanya.


Menyusuri ruangan komen, terdapat salah seorang pelayar Facebook yang mengakui pernah berdepan situasi hampir sama.


Berkongsi pengalaman, dia menyatakan keputusan ujian menunjukkan dia mempunyai sifilis.


Ekoran itu, dia bergaduh dan menuduh suaminya berlaku curang.


Namun selepas ujian darah kedua dilakukan, dia menzahirkan rasa syukur apabila keputusan adalah negatif.


Justeru, dia cuba menenangkan wanita terbabit supaya tidak terlalu bimbang akan keputusan awal yang mungkin berlaku ralat.


“Negatif tu sis jangan risau... saya hari tu pun sama, mula ambil darah doktor kata ada sangkut sifilis. Saya punya risau sampai gaduh dengan suami sebab dah tentu saya tuduh dia.


“Sampai suami saya kata, saya tak percaya dia... lepas keluar result kedua rupanya negatif. Yang hari tu silap... sia-sia bergaduh.


“Saya harap sis sabar ya, kadang-kadang ada kesilapan, InsyaAllah semua baik-baik,” ujarnya yang turut hamil anak keempat.


Seorang lagi pelayar Facebook turut berkongsikan situasi yang dialami selepas turut disahkan positif HIV.


“Sama dengan saya sis. Saya buka buku dekat klinik swasta, masa awal-awal kandungan ambil ujian darah. Keputusan 50-50... terduduk saya sis, menangis siang malam berdoa dan berharap semua tak betul. Doktor ambil sampel darah kedua dan hantar ke lab lain. Alhamdulillah, keputusan negatif,” ujarnya berkongsi pengalaman. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 11:18 AM | Show all posts
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Dan I ada kawan yang positif HIV & berkahwin...
HIV ni kalau korang ambil ubat yang diberi secara berterusan, virus tu akan jdk lemah.
Itu yang I dibagi tau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:24 PM | Show all posts
ish naya ke org je...klinik tu ptt hati2 la
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:25 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...

sian freddy mercury tak sempat makan ubat HIV.

mama...bismillah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak tuduh sebab beksin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape marah kt laki sbb dpt siflis? Patutnya laki dia yg suspect mcm2 kt bini dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza: Nape marah kt laki sbb dpt sif ...


Laki dia gay ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:43 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...

lega hati gay2 pondan pedo etis yang suka main dubo baca komen ko ni sarah
kohkohkohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...

Yup betul lah yg u cakap, sebelum i kahwin tu buat test hiv dia tanya2 soalan berkenaan hiv... rasa cam gi interview

Pastu sambil2 tu dia cakap la hiv ni tak berjangkit dan kalau positif, akan kena consultation dekat hospital + makan ubat untuk lemahkan virus tu... Rasa memang diorang try nk educate pasal hiv tu kot sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 05:10 PM | Show all posts
Kenapalah buka thread cerita belum habis. Nak suruh kita buat apa sementara tunggu result second test, berspekuan, bergaduh?

Klinik ni pun boleh ka main2 pasal HIV ni. Kalau second result tu negative sila luku kepala sekor2 yg terlibat.



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 15-12-2022 11:18 AM
I pernah jumpa orang yg positif HIV dah berbelas tahun lamanya.
Masih hidup sihat dan bekerja...
Da ...

Sorry tanya hiv ni transmit melalui darah sahaja atau bersin atau apa?

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-12-2022 05:10 PM
Kenapalah buka thread cerita belum habis. Nak suruh kita buat apa sementara tunggu result second tes ...

Sebab tu kaka beli alat check kesihatan ada cop sirim kaka xbeli kt copi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 10:48 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-12-2022 10:13 PM
Sorry tanya hiv ni transmit melalui darah sahaja atau bersin atau apa?

exchange of infected bodily fluid e.g. darah atau air mani. Viral load kena tinggi dan cecair penderma kena masuk dalam badan penerima. It's actually more difficult than we fear bukan macam Covid atau selsema. Bersin doesn't spread HIV.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:20 AM | Show all posts
tnya jela laki ko tu lahai. sah2 dpt dari laki. tp kot ko tpegang darah ke boleh jgkit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 16-12-2022 07:20 AM
tnya jela laki ko tu lahai. sah2 dpt dari laki. tp kot ko tpegang darah ke boleh jgkit ke?

Laki dia negatif sis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Transfusi darah pun boleh sebabkan penerima darah dapat hiv...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 15-12-2022 02:59 PM
Nape marah kt laki sbb dpt siflis? Patutnya laki dia yg suspect mcm2 kt bini dia

Std biasanya perempuan dapat dari patner. Siflis, gonorea lelaki transmit pada bini pas dia bersedapan2 ngan lubang jamban tandas awam
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:16 AM | Show all posts
pergilah klinik gomen...biar penat beratur tapi keputusan tepat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 16-12-2022 07:29 AM
Std biasanya perempuan dapat dari patner. Siflis, gonorea lelaki transmit pada bini pas dia bersed ...

Tp laki dia -ve.......klau ikut logic bini dia yg jd prime suspect dpt dari timun mna?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pregnant 27 weeks baru buat hiv test
Sebelum ni awal2 dah buat..
Huuhuu
Naseb negatif
Darah iols b positif
Saja bgtau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list