CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dipenjara sehari, denda RM400,000 bersalah lupus 14 juta unit saham

[Copy link]
Post time 12-12-2022 01:39 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM400,000 terhadap seorang ahli perniagaan atas pertuduhan berkaitan kesalahan pelupusan 14 juta unit saham.

Siow Chung Peng, 52, dipenjara bermula hari ini dan akan dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Azman Ahmad menetapkan keputusan berkenaan selepas mendengar perkembangan kes daripada pihak pendakwaan dan pembelaan termasuk tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah.

"Semua eksibit yang dikemukakan dalam mahkamah dikembalikan kepada pendakwaan. Kes ini sudah berjalan lebih 10 tahun dan seramai tiga hakim mendengar kes itu.


"Saya berterima kasih kepada pihak pendakwaan dan pembelaan tertuduh kerana dapat menyelesaikan kes dengan memuaskan serta situasi 'menang-menang' bagi semua pihak. Saya berharap kes seperti ini tidak berulang," katanya.

Mengikut pertuduhan, Chung Peng sebagai pemilik akaun sistem depositori pusat di OSK Securities membenarkan seorang lagi ahli perniagaan, Goh Hock Choy, 60, yang bukan penama diberi kuasa bagi akaun itu, untuk melupuskan 14,683,200 unit saham Li Hen Industries Berhad.

Kesalahan itu dilakukan di Bursa Malaysia Securities Berhad, Tingkat 14, Exchange Square, Bukit Kewangan, antara 2 Julai hingga 2 November 2004.

Dengan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 51 dan 29A Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Akta 453) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 51 akta sama.

Tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya mewakili Suruhanjaya Sekuriti (SC), Izuddin Mohamad, berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk pengakuan tertuduh ditukar hasil representasi dikemukakan pembelaan.

"Kita terima representasi pada 9 Ogos dan 18 November lalu. Ada capai persetujuan terhadap representasi mengikut Seksyen 172C Kanun Tatacara Jenayah.

"Perbicaraan kes bermula pada 2014 dan patut sambung bicara di peringkat bela diri, namun dipersetujui untuk pelupusan kes selepas pengakuan ditukar tertuduh hari ini," katanya.

Susulan itu, peguam bela tertuduh, Amer Hamzah Arshad, mengesahkan ada menerima jawapan representasi itu pada 7 Disember lalu.

"Saya juga sahkan pihak-pihak setuju melupuskan kes ini. Kami mendapat makluman positif hasil representasi.

"Terma dicadangkan dalam representasi sudah dipersetujui dan ia dipanjangkan kepada anak guam berhubung pertuduhan dan hukuman akan dihadapinya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... -14-juta-unit-saham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.603028 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list