CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4320|Reply: 63

"Di Barat Lagi Dahsyat, Sampai Buang Makanan Dalam Tong Sampah," Norman Puji Sheila Rusly Jadi Pengkritik Tegas

[Copy link]
Post time 7-12-2022 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Halim terpanggil memberi pandangan berhubung isu tular membabitkan penerbit sensasi, Sheila Rusly yang dikecam bersikap biadab dalam sebuah rancangan masakan.


Sebagai individu yang berpengalaman menerbitkan rancangan realiti, Norman, 51, menjelaskan, setiap juri atau tenaga pengajar dikehendaki memainkan watak berbeza.




Foto: IG




“Saya sendiri pernah jadi juri dalam pelbagai program realiti televisyen. Mereka perlu mainkan watak berbeza dan tidak semestinya menggambarkan keperibadian sebenar,” katanya.


Isu membabitkan Sheila, 51, menjadi perbincangan hangat netizen selepas tular video dia memarahi seorang peserta rancangan tersebut dengan cara menjerit ketika memberi komen.


Perbuatan pemilik produksi JS Pictures Sdn. Bhd. itu menuai cemuhan daripada netizen yang disifatkan ramai sebagai keterlaluan.


  



Ulas Norman tentang perkara tersebut, disebabkan komen negatif yang dilemparkan terhadap Sheila membuatkan dia tertarik untuk menonton rancangan masakan berkenaan dari awal hingga akhir siaran.


“Saya lihat Sheila memainkan peranan yang sangat baik sebagai pengkritik tegas untuk menimbulkan saspens dan drama dalam rancangan tersebut.


“Watak yang dibawakan Sheila juga ibarat sikap tegas seorang guru di sekolah yang mahu melihat anak didiknya berjaya dan menjadi lebih baik,” katanya.




  



Malah Norman yang pernah terlibat dalam Akademi Fantasia berkata, rancangan realiti di negara Barat jauh lebih dahsyat dengan elemen drama ‘melampau’ termasuklah tindakan membuang masakan ke dalam tong sampah atau mencampakkan ke muka peserta.


“Di Barat, ada sebuah rancangan pertandingan memasak popular dikendalikan cef terkenal, Gordon Ramsay.


“Dia turut menghentam peserta dengan kritikan pedas sehingga menjadikan rancangan tersebut popular di seluruh dunia.


“Begitu juga dengan watak dibawakan Sheila, ibaratnya seperti antagonis dalam drama dan tidak wajar dihina secara peribadi menerusi media sosial,” katanya lagi.


  



Biarpun dikecam, namun Norman tetap memuji dan mengucapkan tahniah kepada Sheila kerana menyuntik nafas baharu dalam program televisyen khususnya rancangan masakan di negara ini.


Terdahulu, nama Sheila menjadi sasaran netizen beberapa minggu lalu selepas tular video dia memberi komen terhadap seorang peserta rancangan masakan Dapur Tempur dalam keadaan suaranya menjerit.


Susulan tindakan tersebut, penerbit itu dihujani kecaman netizen yang melabelnya sebagai biadab, tidak profesional serta beremosi. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 07:19 PM | Show all posts
Mereka perlu mainkan watak berbeza dan tidak semestinya menggambarkan keperibadian sebenar,” katanya.


masalahnya tu la perangai sheols…  hahaha…  lagipun, perlu ke dok ikut perangai juri2 luar tu…  perangai tak elok buat apa nak ikut…  or, are you implementing that nurtizen malaysia ni hadap drama perangai bodoh hodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah…knpe nk ikut contoh yg tk elok mcm GR tu…??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang makanan? Kita ni islam tau tak. Nak tiru?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 07:47 PM | Show all posts
silah tu sapa ko nak samakan dengan gordon tu hah babi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 07:48 PM | Show all posts
masak pon pakai maggi cukup rasa ada hati nak komen hentam orang dah kenapa babi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
lah? retis ni kalau tak menorreen tak sah.. akal macam ba wau toh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 07:50 PM | Show all posts
cef adudu yang duduk sebelah babi tua silah tu memang kerja dia chef tapi elok jah perangai takde nak terpekik2 marah2 orang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 07:54 PM | Show all posts
ni entah babi tua mana yang bukan chef pon tiber nak menyelit lepas tu acah garang nak hentam2 orang macam ko tu terpaling michelin star dah kenapa babi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
yg nengok citer acikshilah tu tentu2 acik2 mulayu jah, lg mau bg contoh barat
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PocongTerbang at 7-12-2022 08:20 PM

Motip bandingkan dgn gordon ramsay yg sah2 bukan islam? Si GR tu worldwide chef,michelin star bersusun,kalau dia bakul sampahkan makanan peserta tu org tak heran sgt sbb dia ada kredibiliti.acik sheila ni mcm GR kah? Ada michelin star? Masak pon pakai cukup rasa jah. Kita org timur buat cara org timur,tak payah nak ikut barat sana nun
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hellooo...setakat yg meols tgk GR..heols cuma very very rude masa Hell's Kitchen jahhhh...

Masa heols kat Masterchef, heols tak berapa rude sangat..kira only 10% dr masa heols kat Hell's Kitchen...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:15 PM | Show all posts
tobobon replied at 7-12-2022 08:59 PM
hellooo...setakat yg meols tgk GR..heols cuma very very rude masa Hell's Kitchen jahhhh...

Masa heo ...

Betul. Rancangan Shiela nie mostly yg participate amateur, tak kan nak ikut level hell kitchen. Even GR Dalmatia master chef pun penh sopan santun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya bang norm, derang tu mmg chef.. Ni sila ni siapa je.. Dok perasan sendiri je.. Konon dia yg terpaling pandai masak.. Terpaling hebat
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:49 PM | Show all posts
norman chef sebenar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la program tv, drama, filem kat malaysia ni low class. Yg involve bukan ahli. Bodoh2 belake.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
GR masak tak pakai serbuk cukup rasa maggi.
Restoren mewah berpuluh... Acik shila ni siapa?
Pfft.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:15 PM | Show all posts
eyansss replied at 7-12-2022 07:19 PM
masalahnya tu la perangai sheols…  hahaha…  lagipun, perlu ke dok ikut perangai juri2 luar tu…  ...

Yep, esp Gordon Ramsay, iol ni pun buknnya baik sngt tpi cra heol mmg iol x brkenan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:16 PM | Show all posts
doubleharmonic replied at 7-12-2022 07:50 PM
cef adudu yang duduk sebelah babi tua silah tu memang kerja dia chef tapi elok jah perangai takde na ...

Ertinya mmg btul lh org yg btul2 pndai mmg dia x akn mlatah cpat2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tu chef.., bkn thp tukang masak guna maggi
dah la muka ya ampun berlagak nak mampus haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.096688 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list