CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 3

[Tempatan] Warga emas ditemukan mati selepas hilang 2 minggu

  [Copy link]
Post time 7-12-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Amran Mohd Ghani berkata, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan mayat itu.

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lepas akhirnya ditemukan meninggal dunia dalam kawasan semak di Kampung Jumbang, Seri Menanti, Kuala Pilah dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Amran Mohd Ghani berkata mayat Abu Zahrin A Hassan, 67, yang lengkap berpakaian itu ditemukan seorang pemilik dusun di kawasan berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang.Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan mayat itu. Pengecaman mayat telah dibuat oleh adik, anak dan saudara mangsa petang tadi dan disahkan warga emas terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.







Pada 22 Nov lepas, warga emas berkenaan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti dekat sini sebelum adiknya Norliza A Hassan, 53, yang tinggal berdekatan membuat laporan polis keesokan harinya.

Sementara itu, Norliza berkata dia dan seluruh keluarganya reda dengan pemergian abangnya itu selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk orang kampung, anggota polis dan bomba yang membantu dalam pencarian Abu Zahrin.

“Alhamdulillah, penantian saya terjawab walaupun ditemukan sudah meninggal dunia. Ketika ini mayat masih lagi berada di hospital untuk bedah siasat, Insya-Allah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sikai, esok,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rest in peace bang sis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:50 AM | Show all posts
Sedihnyaa..mesti jln kaki ke mana2  ke surau ke kedai ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:41 AM | Show all posts
Meiizu replied at 7-12-2022 08:50 AM
Sedihnyaa..mesti jln kaki ke mana2  ke surau ke kedai ke

Tertingat jugak kes Zalina Azman
Senyap jer kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.086789 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list