CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1236|Reply: 19

[Tempatan] Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menyimpan kurang RM500 sebulan #7 - 63% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Mampu Bertahan Lebih Dari 3 Bulan Wang Simpanan

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 6-12-2022 05:14 PM



63% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Mampu Bertahan Lebih Dari 3 Bulan Wang Simpanan
December 6, 2022

Tatkala dunia sedang bersiap sedia depani jangkaan kelembapan ekonomi pada tahun 2023, ternyata status tunai rakyat Malaysia tidak menunjukkan persediaan tersebut apabila – didapati 63% akui tidak mampu bertahan bersama wang simpanan mereka, tidak lebih dari 3 bulan.

Lebih membimbangkan tinjauan di bawah kajian literasi kewangan Malaysia RinggitPlus 2022 (RMFLS2022) ini mendapati 7 daripada 10 rakyat Malaysia mampu menyimpan kurang daripada RM500 sebulan. Data ini sekaligus menjadikan ia antara dapatan yang terburuk didapati sepanjang kajian dalam 5 tahun.

Meskipun ia mengetirkan namun RMFLS 2022 memahami pelbagai faktor mendorong kepada kejatuhan status tunai rakyat negara. Khususnya dikala ekonomi kembali memulih bersama tekanan inflasi yang kian meruncing.

Susulan cabaran itu, 65% rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas cenderung untuk keluarkan lebih banyak wang simpanan pencen KWSP mereka – sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran baharu.

Manakala berdasarkan penyertaan pelaburan pula, didapati 52% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas masih belum mula melabur.

Buat pengetahuan umum, ini perincian lanjut berhubung dapatan RMFLS 2022 berhubung status kewangan rakyat Malaysia :

Simpanan dan Perbelanjaan
  • 70% responden menyimpan kurang daripada RM500 sebulan – peningkatan tahun ke tahun tertinggi sejak RMFLS bermula pada 2018
  • Hanya 5% rakyat Malaysia menyimpan lebih daripada RM1,500 sebulan, turun daripada 15% pada 2021 dan 20% pada 2020
  • 63% daripada responden boleh bertahan 3 bulan atau kurang dengan hanya simpanan mereka (berbanding 51% pada 2021)
  • 55% rakyat Malaysia membelanjakan tepat atau lebih daripada pendapatan mereka setiap bulan (berbanding 44% pada 2021)
  • 71% responden percaya bahawa mereka mengawal aliran wang mereka. Walaupun 43% daripada mereka membelanjakan tepat atau lebih daripada pendapatan mereka setiap bulan

Persaraan
  • 82% rakyat Malaysia percaya simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan. Dan rata-rata berpendapat bahawa simpanan KWSP mereka tidak mencukupi untuk persaraan
  • 41% masih belum memulakan perancangan kewangan untuk persaraan mereka
  • 66% responden masih akan mempertimbangkan untuk memohon lebih banyak pengeluaran KWSP jika kerajaan membenarkannya
  • 28% responden berumur 35 tahun ke atas belum mula merancang untuk persaraan mereka

Pelaburan
  • 52% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas masih belum mula melabur
  • Dalam kalangan kumpulan yang telah mula melabur, 52% daripada responden mempunyai selera risiko yang rendah lebih suka memelihara modal
  • 50% daripada kumpulan yang sama memilih pelaburan jangka sederhana 5-10 tahun
  • Pelabur belia (umur 18-35) mempunyai selera risiko rendah yang sama (54%) untuk pelaburan
  • 3 produk pelaburan teratas yang digemari oleh pelabur Malaysia ialah: unit amanah, saham dan mata wang kripto
  • Tiga faktor paling penting apabila memilih untuk melabur dengan penasihat robo ialah jenama yang dipercayai (59%), patuh Syariah (41%) dan rekod prestasi & prestasi sejarah yang mantap (38%).

Pemerhatian dan trend lain
  • 45% mengaku telah berkongsi maklumat tentang kewangan peribadi mereka dalam talian
  • 59% daripada responden tidak tahu atau tidak mengetahui apa itu skor kredit
  • 32% rakyat Malaysia tidak mengetahui faedah skor kredit yang baik
  • Hanya 55% daripada pemegang kad kredit membayar bil mereka sepenuhnya setiap bulan. Baki 45% sama ada hanya membayar jumlah minimum (18%) atau apa sahaja yang mereka mampu bulan itu (27%)

https://rnggt.com/202226550/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2022 04:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:03 PM | Show all posts
aku salah seorang darinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam setahun, berapa kali isu duit kwsp xcukup ni nak keluar?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:06 PM | Show all posts
dont worry, kita ada PM baru yang hebat...
mesti PM baru akan bantu kita rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:13 PM | Show all posts
Semoga rakan2 kita dari Indonesia mampu untuk hidup selama 3 hari dengan wang simpanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2022 05:14 PM | Show all posts



Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menyimpan kurang RM500 sebulan
oleh FARAH SHAZWANI ALI06 Disember 2022 04:53pm

SHAH ALAM - Seramai tujuh daripada 10 rakyat Malaysia didapati menyimpan kurang daripada RM500 sebulan atau tidak menyimpan langsung, yang disifatkan paling teruk dalam tempoh lima tahun.

Data itu adalah sebahagian hasil tinjauan celik kewangan RinggitPlus Malaysia 2022 yang dikeluarkan pada Selasa, melibatkan 3,144 responden berumur 18 tahun ke atas daripada semua lapisan masyarakat.

Dapatan daripada kajian itu juga menunjukkan hanya lima peratus rakyat negara ini menyimpan lebih daripada RM1,500 sebulan, turun 15 peratus berbanding 2021 dan 20 peratus pada 2020.

Selain itu, kesempitan kewangan bagi majoriti rakyat Malaysia dilihat semakin teruk, yang mana mereka menghadapi masalah kewangan, isu aliran tunai, kehabisan simpanan yang diburukkan dengan pandemik Covid-19 dan inflasi yang tinggi.

Sejumlah 63 peratus responden menyatakan mereka kini bergelut untuk bertahan dengan simpanan hanya boleh bertahan tiga bulan atau kurang, berbanding hanya 51 peratus pada tahun sebelumnya.

Lebih membimbangkan, 82 peratus daripada mereka berpendapat simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka tidak mencukupi.

Daripada jumlah itu, 41 peratus pula menyatakan mereka tidak bersedia untuk hari tua manakala 66 peratus akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan dana jika KWSP membenarkannya.

Menyentuh mengenai aspek pelaburan pula, 52 peratus daripada mereka yang berumur 18 tahun ke atas belum mula melabur manakala daripada mereka yang mempunyai pelaburan, 52 peratus daripada responden memilih risiko yang agak rendah.

Dalam kumpulan yang sama, 50 peratus daripada mereka memilih pelaburan jangka sederhana lima hingga 10 tahun dengan tiga pelaburan pilihan utama adalah unit amanah, saham dan mata wang kripto.

Bagi pemegang kad kredit pula, hanya 55 peratus daripadanya membayar bil sepenuhnya setiap bulan, 18 peratus pula membayar jumlah minimum dan 27 peratus lagi membayar jumlah yang mereka mampu pada masa itu.

Sementara itu, Pengasas bersama RinggitPlus, Hann Liew berkata, Covid-19 memberikan kesan kewangan yang besar dan dapatan tinjauan yang dilakukan mengesahkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai cabaran kewangan sebenar untuk ditangani.

“Realiti ini adalah keras, bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga untuk penggubal dasar dan pemain industri.

“Ini adalah isu generasi yang memerlukan penyelesaian jangka panjang dengan sokongan yang berterusan dan konkrit daripada semua pihak. Kita tidak boleh meninggalkan sesiapa pun dalam hal ini," jelasnya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... urang-rm500-sebulan

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:31 PM | Show all posts
demi ipong dan keta H
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 6-12-2022 04:04 PM
dalam setahun, berapa kali isu duit kwsp xcukup ni nak keluar?

hahaha..sebab kat fb ..ramai2 bising nak keluar duit kwsp kali ke berapa kalinya ...itu yg kena kluar artikel xde duit simpanan ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:28 PM | Show all posts
tobobon replied at 6-12-2022 08:01 PM
hahaha..sebab kat fb ..ramai2 bising nak keluar duit kwsp kali ke berapa kalinya ...itu yg kena kl ...

Dalam live streaming berita dlm youtube pun masih ada yang memekak nak keluarkan duit kwsp mcm babi tercabut ekor
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita recycle, tukar tarikh saje
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tobobon at 6-12-2022 08:39 PM
ultra78 replied at 6-12-2022 08:28 PM
Dalam live streaming berita dlm youtube pun masih ada yang memekak nak keluarkan duit kwsp mcm bab ...


hahaha...kan...asal ada bang non buat press conference ker apa..masing2 bz komen kwspbersasar ..bila nak luluskan kwsp

nak tgk sejauh mana PM bertahan x approve kwsp...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-12-2022 08:28 PM
Dalam live streaming berita dlm youtube pun masih ada yang memekak nak keluarkan duit kwsp mcm bab ...

2 tahun asik nk kluarkn duit kwsp mcm lh duit dlm tu byk lg tinggal nya…
Org yg duit berkepuk dlm kwsp tu rsa nya xda bertunggu tangga keja tggal komen merata2 gtu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 6-12-2022 04:06 PM
dont worry, kita ada PM baru yang hebat...
mesti PM baru akan bantu kita rakyat Malaysia

Ke pringkat yang belum pernah disaksikan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tgk sape yg humblebrag.


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jurang kaya miskin kat msia ni x seimbang  si kaya belanja mcm apa sbb harta 7 keturunan mkn x abih sdgkan gol miskin kais pagi mkn pagi..ni patut dibanteras supaya blh pembahagian harta secara adil dan saksama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik boleh simpannn..
ada orang even 100 pun tak boleh simpan,,
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm500?? Zaman belom ada anak boleh laaa
Dengan segala kenaikan harga barang naik berringgit2 ni ko masih nak buat kajian cmni.
Sekarang ni dah 2 hari telur tempat aku aku yillek licin habis. Merata tempat aku pergi. Dorang dapat bekalan 10 papan je sehari/sekedai. Sapa cepat dia dapat laaa..so dah keadaan cmni benda basic pun naik harga gila2 ko rasa perlu ke kajian cmni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:07 AM | Show all posts

Macam mana eh langsung takde plan persaraan? Ghisau. Ye, betul, kita tak tau berapa lama kita akan hidup. Tapi usaha kena ada la. Kalau bukan utk persaraan pun, simpanan rainy day.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 6-12-2022 10:08 PM
Jurang kaya miskin kat msia ni x seimbang  si kaya belanja mcm apa sbb harta 7 keturunan mkn x abih  ...

Setujukkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.094153 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list