CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3875|Reply: 24

Jasmine Suraya bakal...memeluk islam?

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Jasmine Suraya masuk kelas agama, cari pegangan hidup


Jasmine Suraya


Kuala Lumpur: Pelakon Jasmine Suraya, 33, mengaku dia kini mengikuti kelas agama bagi mencari pegangan hidup yang sebenar.

Jasmine berkata, dia bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut memandangkan isu agama adalah hal yang sensitif.

"Saya ada menghadiri kelas agama dan ia suatu perjalanan yang indah. Saya belajar secara berperingkat dan makin menyukainya kerana menjadi pegangan hidup.

"Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.

"Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini.

"Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara 'zoom meeting'," katanya.

Terdahulu Jasmin meraih perhatian ramai apabila terbabit dalam majlis ilmu anjuran Neelofa, pada Ogos lalu.

Menurut Jasmine, antara sebab utama dia enggan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan termasuk mengikuti majlis ilmu kerana enggan orang luar menghakimi atau membuka ruang untuk pihak lain mengkritik.

"Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.

"Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.

"Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.

"Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... cari-pegangan-hidup

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 03:31 PM | Show all posts
Cukup sekali cakap pasal ni jasmine. Pasni jgn lagi keluarkan apa2 status. Buat rilek je.. the more u keluarkan statement, u akan bg lg byk peluang attack u. Cuma nak pesan, cari circle yg bukan penonggang ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:40 PM | Show all posts
bakalan menikah dengan Melayu ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:15 PM | Show all posts
Bukan dgn pian haimi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah, semoga di permudahkan urusan dia.

Netizen pun udah2 la mengomen bab2 agama orang yang takde sangkut paut pun dengan diri sendiri.

Iols tengok majoriti mengomen itu ini, bukan lah mendekat kan lagi orang pada agama islam tapi menjauhkan lagi. Jangan hengat ko boleh terlepas dik kalau komen kau betul2 ada terbuat orang jauh pada islam apatah lagi orang tu murtad di sebabkan kau, entah2 syurga pun tak boleh bau dah di sebabkan benda kecik ni. Sebabtu lebih elok berdiam je dan pendam dalam hati kalau tak mampu nak tanggung kata2.

Agittew kaka pun dah jadi setazah terjun tiktok.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:24 PM | Show all posts
ye la tu.sebab dl dia ni pernah kapel ngan melyu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Konpem kawin dgn isle nih, aku bajet isle kaya melimpah, takkan la bangun tido tiba2 nak convert rugi x leh minum todi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
InshaAllah JS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 10:17 PM | Show all posts
semoga di permudahkan

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkn urusan mengenal Islam
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:26 AM | Show all posts
semoga selepas memeluk agama Islam, tidak terpesong kalau disebabkan cinta tak kesampaian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:35 AM | Show all posts
Semoga di permudahkan buat jasmine mendalami agama islam.
Lepas ni tak perlu up kan di socmed buat secara diam lebih baik.
Moga kamu sentiasa dalam rahmat Allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berbahagia Jasmine & Baby Pian.
Erk.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2022 10:55 PM | Show all posts
cikgu suraya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi tak bestnya. Pasni kene jaga aurat lg kang macit kepam komen suh tutup. Sedangkan yg dah biasa tak bertudung pun macit kepam sibuk nak pester
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberikan hidayah dan natizen pun bg dia ruang...
Kalau dia masuk Alhamdulillah..kalau tak tu doakan je dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss teringat siapa tu...model (?) cainis tu. Sebelum dia revert dia suka pakai tudung. Lamaaaa pastu baru dia revert. Pastu dia nikah dgn muslim. Senyap dah dia skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dpermudahkn urusan ko dik
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 10-12-2022 04:34 PM
Iolss teringat siapa tu...model (?) cainis tu. Sebelum dia revert dia suka pakai tudung. Lamaaaa pas ...

kan, model playboy tu kan.. trs lenyap da xnmpk skrg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.289300 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list