CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 4

[Tempatan] Walaupun Anwar dah jadi PM dan DAP kini dalam kerajaan, Bursa Malaysia tetap ditutup rendah, indeks susut 10.24 mata

  [Copy link]
Post time 5-12-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dengan indeks utama bergerak dalam jajaran kecil manakala aktiviti belian kebanyakannya membabitkan saham-saham tenaga, pembinaan dan pengangkutan.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.24 mata atau 0.69 peratus kepada 1,471.56 daripada 1,481.80 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Petunjuk pasaran itu dibuka meningkat 0.28 mata kepada 1,482.08 sebelum bergerak antara 1,470.33 dan 1,482.08 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 524 berbanding 486 manakala 392 kaunter tidak berubah, 839 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan menokok kepada 3.99 bilion unit bernilai RM2.07 bilion daripada 3.35 bilion unit bernilai RM2.28 bilion Jumaat lepas.


Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup dalam wilayah negatif hari ini berikutan pelabur mengalihkan minat belian mereka ke atas saham-saham berharga rendah.

"Kami yakin penjualan pada hari ini dan Jumaat lepas menyediakan lebih banyak (peluang) peningkatan kepada pelabur, justeru, kami berpendapat belian semasa harga rendah mungkin berlaku dalam masa terdekat ini. Kami menjangkakan indeks itu akan berlegar dalam jajaran 1,470 hingga 1,500," katanya.

Sementara itu, indeks utama serantau kebanyakannya meningkat berikutan pembukaan semula ekonomi di China selepas pelaksanaan sekatan pergerakan COVID-19 yang berlanjutan di negara itu dengan kerajaan China kini melonggarkan sekatan pandemik di lebih banyak bandar.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.26 peratus kepada 3,267.54, Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 0.15 peratus kepada 27,820.40, Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak 4.51 peratus kepada 19,518.29 manakala Indeks Komposit SSE China menokok 1.76 peratus kepada 3,211.81.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Public Bank meningkat tiga sen kepada RM4.44, IHH Healthcare naik dua sen kepada RM5.85, Maybank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM8.58 dan RM5.64 manakala Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM8.50 dan TNB berkurangan 31 sen kepada RM9.07.

Dalam kalangan saham aktif menyaksikan MQ Technology dan SMTrack masing-masing meningkat 1.5 sen kepada tujuh sen dan lapan sen, Dataprep menokok 10.5 sen kepada 27.5 sen, Icon Offshore naik setengah sen kepada 16 sen manakala Borneo Oil dan Advance Synergy masing-masing tidak berubah pada dua sen dan 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 66.51 mata kepada10,586.69, Indeks FBMT 100 merosot 78.02 mata kepada 10,279.13, manakala Indeks FBM Emas Shariah menguncup 110.46 mata kepada 10,767.45, FBM 70 turun 124.02 mata kepada 12,947.17 dan FBM ACE meraih 57.28 mata kepada 5,423.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 0.57 mata kepada 16,445.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.26 mata kepada 181.56, Indeks Perladangan merosot 54.79 mata kepada 6,753.06 manakala Indeks Tenaga meningkat 14.65 mata kepada 814.76.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.43 bilion saham bernilai RM1.68 bilion daripada 2.22 bilion saham bernilai RM1.92 bilion Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 388.70 juta unit bernilai RM81.06 juta daripada 235.54 juta unit bernilai RM39.49 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 1.17 bilion saham bernilai RM306.25 juta daripada 889.48 juta saham bernilai RM320.66 juta Jumaat lepas.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 416.25 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (762.57 juta); pembinaan (78.59 juta); teknologi (372.89 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (77.72 juta); hartanah (173.91 juta); perladangan (20.31 juta); REIT (4.26 juta), dana tertutup (12,200); tenaga (344.15 juta); penjagaan kesihatan (66.61 juta); telekomunikasi dan media (27.37 juta); pengangkutan dan logistik (44.98) dan utiliti (35.89 juta) – Bernama


https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2022/12/1035738/bursa-malaysia-ditutup-rendah-indeks-susut-1024-mate

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke kat asteruk awani aritu bkn main diorg siap buat analisa bursa bskl tetiba mencanak2 naik sejurus nuat agkt sumpah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Indeks Hup Seng ditutup bercampur-campur di sebelah par, indeks Renong ditutup di bawah par
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:29 PM | Show all posts
kahkahkah ! tggu la x lama lagi silap2 lowest ever
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:55 PM | Show all posts
tak pe kan kabinet baru ni ade : menteri ekonomi yg handal, menteri kewangan yg dapat banyak anugerah circa 1993 dulu...kire pepandai belaka lah yg dilantik so kite tengok jelah...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073632 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list