CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 11

Putera Qatar Tular Di China, Muka Comel Disamakan Dengan Maskot Piala Dunia

[Copy link]
Post time 5-12-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode
DOHA, Qatar – Seorang ahli keluarga diraja Qatar, Abdulrahman Fahad al-Thani  menjadi sensasi di media sosial China selepas ekspresi wajah beliau semasa menonton perlawanan Piala Dunia tular dalam kalangan netizen, lapor laman berita Wion News semalam.


Reaksi wajah Abdulrahman, 16, disifatkan sebagai ‘amat comel’ yang menyebabkan beliau digelar ‘putera pembalut dumpling’ dalam kalangan netizen di laman sosial China, Weibo.


Gelaran itu merujuk kepada gurauan netizen di China mengenai maskot Piala Dunia, La’eeb yang dikatakan kelihatan seperti pembalut dumpling (sejenis makanan tradisional China).








Abdulrahman sedang menonton perlawanan  Qatar menentang Ecuador, yang menyaksikan pasukan tuan rumah kalah 0-2, menyebabkan beliau kelihatan kecewa.


Ramai netizen di China berkata, kain egal berwarna putih yang dipakainya, menyebabkan  ekspresi wajah Abdulrahman kelihatan seperti La’eeb.


“Kami menyukainya kerana beliau amat comel. Tiada kaitan dengan politik,” kata seorang netizen.


Menyedari populariti yang diterima, Abdulrahman membuka akaun Douyin iaitu aplikasi TikTok  versi China.


Dalam tempoh kurang seminggu, beliau menerima lebih 15 juta pengikut selain pengguna Douyin turut cuba meniru ekspresi wajah Abdulrahman.


Beliau turut menyertai laman Weibo dan menamakan dirinya sebagai Little Prince La’eeb dan menerima lebih 2.5 juta pengikut.


“Saya hanya memberi reaksi biasa. Saya tidak menyangka reaksi itu akan popular sehingga ke China atau di mana-mana sahaja.


“Kepada semua peminat di China, anda dialu-alukan untuk datang ke Qatar bagi melihat budaya kami yang hebat,” katanya kepada stesen penyiaran CCTV. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 09:37 AM | Show all posts
tak sama langsung tak comel
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:47 AM | Show all posts
Wow. Komunis China tak block ke content dari Arab? Nanti terjadi Muslim menggelupur Cina pendatang
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 la..comey apanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang dia hensem
Boleh lah nak buat menantu
Itupun kalau dia sudi dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel lah sebab kayoooo... Kalau marhaen muka camni kena cerca bertubi-tubi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 09:55 AM | Show all posts
Tak comel pun. Tak cukup utk menutup isu corruption and human rights violations, termasuk kematian beribu2 org buruh migrant yg membina projek WC.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:48 AM | Show all posts
lah cmtu ke comel taraf kau netizen
ke sebab berkepuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 11:01 AM | Show all posts
Comey ke cuolls? ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tggu dah akil baligh nnti beratur semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:39 AM | Show all posts
sangap ke dekkkk


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:43 AM | Show all posts
Buta seni ke hape cina-cina ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042010 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list