CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1738|Reply: 13

[Tempatan] Update: Letupan terbaru hari ini, 3 maut, 4 cedera dalam letupan terbaharu di lokasi sama #14 - Landasan kereta api Hatyai-Padang Besar dibom

[Copy link]
Post time 3-12-2022 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 6-12-2022 04:37 PM


KEADAAN gerabak kereta api yang tergelincir dari landasan. FOTO Ihsan Pembaca

Landasan kereta api Hatyai-Padang Besar dibom
Disember 3, 2022 @ 7:19pm

Padang Besar: Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek, di Sadao, Thailand hari ini.

Sumber berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2 petang ketika sebuah kereta api kargo dari Haytai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan yang dilalui dipercayai diletakkan bom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngae.

Letupan menyebabkan gerabak kereta api berkenaan terbabas dan melumpuhkan perkhidmatan kereta api dari sektor berkenaan ke Padang Besar.

Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao terletak 23.3 kilometer dari Stesen Kereta Api Padang Besar, Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian berkenaan dan setakat ini perkhidmatan kereta api SRT masih dihentikan buat sementara waktu.

Sementara itu Bangkok Post melaporkan pihak berkuasa akan menyiasat kejadian tersebut sama ada landasan tersebut di bom atau kejadian kemalangan.

Sumber memaklumkan landasan itu perlu ditutup beberapa hari bagi membolehkan kerja-kerja membaiki dilakukan.

Kereta api berkenaan mempunyai 20 gerabak dengan 11 daripadanya tergelincir daripada landasan dan rosak teruk.

Empat pekerja iaitu termasuk dua pemandu dan seorang juruteknik tidak mengalami sebarang kecederaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -padang-besar-dibom

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2022 09:01 PM | Show all posts
Edited by Friska at 3-12-2022 09:06 PM

Saya baru bicara sama suami rencana jalan-jalan ke Hatyai pakai keretapi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:02 PM | Show all posts
Aduh suspennya dah mula balik ke kejadian mengebom di selatan Thai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Teroris sunni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 09:09 PM | Show all posts

Gerabak kereta api kargo State Railway of Thailand (SRT) dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan berhampiran Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao, Thailand dibom, petang tadi. - FOTO IHSAN PEMBACA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 09:10 PM | Show all posts
JADUAL PERJALANAN TREN KHAS MY SAWASDEE

Berikut merupakan jadual perjalanan Tren Khas My Sawasdee untuk bulan Disember untuk panduan anda. Mana tahu nak rancang perjalanan dengan betul dahulu supaya anda boleh bawa seisi keluarga ke Hat Yai!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 09:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 09:17 PM | Show all posts


Freight train to Malaysia derails in Songkhla, investigation underway
SATURDAY, DECEMBER 03, 2022

Investigators are checking to see if it was an accident or an attack by insurgents in the South.

Train No 707 from Songkhla’s Hat Yai district to Padang Besar in Malaysia was reportedly derailed at 12.50pm on Saturday. The incident resulted in 11 of its 20 containers falling off the track, which was also severely damaged.

The incident occurred just after a curve in Moo 2 of the Tha Pho area. The two train drivers, a mechanic and a brakes operator escaped unscathed.

Witnesses said they heard an explosion before the derailment, which has prompted security officials to investigate if this was an attack by insurgents.

State Railway of Thailand officials believe the Hat Yai-Pedang Besar route will remain closed for several days due to the extensive damage.

https://www.nationthailand.com/thailand/general/40022717

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 3-12-2022 09:08 PM
Teroris sunni?

Agak2?


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 3-12-2022 09:01 PM
Saya baru bicara sama suami rencana jalan-jalan ke Hatyai pakai keretapi

Eloklah.....

Moga cepat jd arwah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Buk friskies miskin sangat ke sampai kena naik keretapi cikcur ke thailand?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa baru plan nk p xmas ni naik train..hotel pon dh booking cenee niiii arrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 3-12-2022 09:01 PM
Saya baru bicara sama suami rencana jalan-jalan ke Hatyai pakai keretapi

Pakai keretapi macam bawah ni ke?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 04:36 PM | Show all posts

Dalam insiden letupan pada 12.50 tengah hari (waktu tempatan) itu, 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan.  (Gambar Facebook)

3 maut, 4 cedera dalam letupan terbaharu di landasan kereta api Sadao
Bernama -December 6, 2022 3:51 PM

SONGKHLA: Tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pagi ini berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lepas di Sadao, Songkhla.

Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata insiden berlaku kira-kira 6.30 pagi (7.30 pagi Waktu Malaysia) dan ketika itu tujuh pekerja SRT berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja memperbaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom itu.

Beliau berkata satu letupan berlaku kira-kira 400 meter dari tempat kejadian pertama.

“Letupan kuat menyebabkan tiga pekerja meninggal dunia di tempat kejadian. Kerja-kerja mengeluarkan mayat sedang diusahakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Sabtu, sebuah kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas di landasan kereta api itu dibom.

Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari (waktu tempatan) itu, 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan.

Siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di atas landasan.

SRT memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pekerja kereta api yang terdiri daripada dua pemandu, seorang juruteknik dan pekerja lain.

Insiden itu turut menyebabkan landasan mengalami kerosakan teruk.

https://www.freemalaysiatoday.co ... an-kereta-api-sadao

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.112292 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list