CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa kerajaan segera laksana subsidi bersasar

[Copy link]
Post time 2-12-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa kerajaan segera laksana subsidi bersasar


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 2, 2022 @ 1:24pm  bhnews@bh.com.my




Foto hiasan NSTP




GEORGETOWN; Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pelaksanaan subsidi bahan api petrol RON 95, serta gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak secara bersasar kepada golongan kumpulan B40 di negara ini.

Ia berikutan, sistem subsidi semasa secara menyeluruh mempunyai 'kepincangan' kerana ia hanya memberi manfaat kepada golongan kaya berbanding miskin.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata alasannya kerana kebanyakan kereta, termasuk kereta mahal juga boleh menggunakan RON95.

Ini bermakna, subsidi harga petrol akan diagih secara tidak sekata antara pelbagai kumpulan berpendapatan, dengan golongan berpendapatan rendah mendapat faedah yang paling kurang.

"Ia berikutan, golongan berpendapatan rendah berkemungkinan kurang memiliki kenderaan dan kenderaan dimiliki pula mempunyai kapasiti enjin yang rendah.

"Tambahan pula, petrol bersubsidi juga terbuka kepada penyalahgunaan seperti penyeludupan diesel," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa ini kerajaan memberi subsidi petrol RON 95, diesel serta LPG dan mantan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, menganggarkan subsidi sahaja menelan kos sebanyak RM28 bilion pada 2022.

Sehubungan itu, Mohideen menggesa kerajaan supaya mempertimbang bagi mengguna pakai sistem kad subsidi elektronik subsidi bersasar kepada golongan B40 termasuk bagi barangan harga terkawal lain seperti yang ditentukan kerajaan.

Katanya, malah kumpulan 40 Pertengahan Bawah (M40) juga perlu diberikan bantuan.

"Mengeluarkan kad subsidi elektronik kepada golongan miskin dan kawalan harga makanan yang berkesan perlu menjadi keutamaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) supaya mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata, subsidi yang ditanggung kerajaan pada masa ini antaranya subsidi elektrik, dinikmati semua golongan walaupun ia sebenarnya bertujuan membantu golongan rakyat miskin.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.474408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list