CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Kedah] Pesakit barah payu dara kesal dimaklumkan sudah meninggal dunia

[Copy link]
Post time 2-12-2022 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Pesakit barah payu dara kesal dimaklumkan sudah meninggal dunia



Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



ROLIZA bersama anaknya, Nur Saffiya Irdina (dua dari kiri) serta adik-adiknya bersyukur menerima banyak bantuan dari orang ramai. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Baling: Pesakit barah payu dara tahap empat, Roliza Md Zain, 31, kesal apabila ada individu sanggup menyebar maklumat palsu mengatakan dia sudah meninggal dunia.

Kata Roliza, dia menerima kiriman aplikasi 'WhatsApp' yang dihantar rakan selain tersebar melalui kumpulan WhatsApp semalam, berkaitan perkara itu sehingga menyebabkan dia semakin tertekan.

"Saya kuat pun kerana anak-anak dan keluarga. Malah kiriman doa dari seluruh rakyat Malaysia sejak kisah saya disiarkan di akhbar Harian Metro Selasa lalu.

"Saya berterima kasih kepada semua kerana sanggup membantu memberi sokongan, sumbangan wang serta barangan keperluan makanan kepada kami sekeluarga," katanya ditemui di rumah kakaknya di Kampung Charuk Purun, Tawar, Kuala Ketil di sini hari ini.

Roliza yang terlantar tidak putus dikunjungi orang ramai selepas membaca kisah anaknya, Nur Saffiya Irdina Mohd Firdaus, 10, yang disiarkan di Harian Metro.

Katanya, walaupun tidak mengenali tetamu yang datang menziarah, dia bersyukur kerana ramai yang datang memberi semangat kepadanya malah ada yang sanggup datang dari Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

"Saya terharu dengan bantuan yang diterima kerana sebelum ini, saya hanya fikirkan anak-anak disebabkan wang simpanan semakin berkurangan dan saya perlu berulang-alik ke Ipoh, Perak untuk menjalani kemoterapi setiap dua minggu.

"Bengkak di payu dara sebelah kiri pula makin membesar dan sakit," katanya.

Roliza berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Nur Safiyya Irdina kerana sebagai anak sulung, dia sanggup menjaganya dengan menukar lampin pakai buang seawal jam 4 pagi selain menyuap makanan dan memandikannya sebelum pergi ke sekolah.

Katanya, anaknya tidak pernah merungut malah turut menjaga adik-adiknya ketika pulang dari sekolah atau waktu cuti.

Nur Saffiya Irdina pula berkata, dia tidak sanggup berpisah dengan tiga adiknya, Nur Saffiya Elyana, 8, Noureen Mikayla, 3, dan Muhammad Waffiy Qayyum, 2, malah mampu menjaga mereka selepas kematian bapa mereka, Mohd Firdaus Marzuki, 35, tahun lalu.

Katanya, dia juga akan menjaga ibunya selagi boleh.

Dalam pada itu, Roliza turut dikunjungi Pengerusi Persatuan Kebajikan Nibong Tebal, Datuk Goh Boon Loon serta penasihat persatuan itu, Datuk Lim Kee Tee dan Setiausahanya, Lee Song Siah hari ini.

Menurut Goh, sejurus terbaca kisah kanak-kanak itu yang menjaga ibunya yang sakit, dia terus menghubungi ahli persatuan itu untuk mengutip dana bagi kegunaan keluarga berkenaan.

"Hari ini, kami datang memberi bantuan wang RM4,000 serta barangan keperluan makanan RM1,000 termasuk lampin pakai buang hasil kutipan dalam kalangan ahli persatuan.

"Kami membantu tanpa mengira kaum, yang penting kebajikan kanak-kanak itu terbela kerana ibu mereka sedang sakit," katanya.


Disiarkan pada: Disember 2, 2022 @ 11:42am






sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075029 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list