CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 831|Reply: 8

Pemberian Kupon B40 Lebih Efektif Tangani Kos Sara Hidup Berbanding Bantuan Tunai?

[Copy link]
Post time 1-12-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Pemberian kupon belian barangan asas kepada golongan B40 dilihat lebih efektif dalam membantu golongan berkenaan berhadapan kenaikan kos sara hidup dan inflasi.


Felo Penyelidik Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mukaramah Harun berkata, mekanisme berkenaan mampu membantu golongan yang disasarkan kerajaan.


Katanya, kupon berkenaan membolehkan golongan B40 memberi barangan keperluan asas di samping dapat mengawal kenaikan harga barang yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan terus memberi bantuan tunai kepada rakyat.




Gambar hiasan - Fikrah Pahang




“Ya bantuan tunai akan membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan pada tahun ini, tetapi dari segi lain pula bila penggunaan meningkat akan lebih meningkatkan harga.


“Jadi jika ingin membantu semasa inflasi sedang tinggi dan supaya hasrat kerajaan tercapai dalam membantu golongan B40 dari aspek mampu membeli barang keperluan asas, mekanisme kupon adalah lebih sesuai.


“Hanya barang asas yang dibolehkan untuk dibeli dengan kupon ini dan pemberian ini lebih efektif,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Dr. Mohamad Idham Md Razak berkata, pelaksanaan subsidi bersasar merupakan mekanisme terbaik berbanding pemberian bantuan tunai buat golongan B40.


“Teorinya kalau bantuan tunai lebih kepada kita panggil mekanisme jangka pendek untuk mengurangkan beban kos sara hidup pengguna, ia bukan jaminan jangka panjang sebab akan bagi tekanan kepada perbelanjaan negara.


“Kalau subsidi bersasar kita tidak boleh salah guna bantuan sebab ia sudah ditetapkan tetapi jika bantuan tunai diberi akan berlaku tiada kawalan kendiri terhadap penggunaan tunai yang diterima,” katanya.


Menurut Mohamad Idham, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan subsidi bersasar merupakan cadangan yang baik, namun ia perlu diperhalus bagi memastikan pelaksanaanya telus serta efisien.


Jelasnya, kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Ogos lalu menegaskan agar dua senario perlu menjadi pertimbangan sebelum membuat keputusan pelaksanaan subsidi pukal kepada bersasar perlu diberi perhatian.


“Saya setuju pandangan Gabenor BNM di mana sesuatu yang dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa kajian terperinci akan mendatangkan masalah pada hari kemudian.


“Ini kerana jika negara dan rakyat tidak bersedia akan berlaku isu-isu berbangkit, sebab itu semua kena duduk bersama dan perhalusi cadangan itu,” katanya.




Sumber: UTUSAN








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kupon M40 tadek ke? Siannn M40 asik dipinggir jek
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga2 nak ke? Korang buat dasar tapi takde follow up.. penguatkuasaan lemah eh berangan lah..x kemana jugak! Jap lagi dpt beras pecah2.. yg gred D punya
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:51 PM | Show all posts
Pasti ada yang tak setuju sebab nak guna duit tu untuk bayar kos lain.  Satu lagi elok guna sistem kad ala kad debit.  Senang transfer ke akaun mereka mudah mereka nak buat pembayaran sebab kebanyakan pasaraya pun dah guna sistem cashless.  Nak guna apps atau QR code bukan semua mereka ada telephone pintar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:52 PM | Show all posts
betul... setuju sgat tang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku pemberian cash ni bukan bertujuan untuk secure B40 punya keperluan asas... Ianya lebih meluas dari tu... Unwritten objective dia adalah untuk B40 ni berbelanja... Belilah apa2 pun... Dari keperluan asas, melancong hatta beli nombor ekor sekali pun. Ianya akan effect sampai ke atas regardless apa2 sektor sekali pun... So circulation tu lebih meluas... Bantuan cash ni kalau dapat kat B40 diaorg akan berbelanja... Bila ada perbelanjaan barula sektor ekonomi
bergerak... Bila sektor perniagaan bergerak barula wujud peluang pekerjaan... Gitulah pandangan aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak kawal penggunaan bantuan tunai?

Setiap keluarga have their own circumstances.

Yg kau sebok nak jadi tukang penentu dah kenapa?

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau buat sistem kupon di Malaysia... Mana dengan kupon pelesu... Dgn supplier sub standard
.. dgn supplier tipu kuantiti.. dengan pengencing besar mcm grabpay yg akan impose minimum spend utk pakai kupon (spt mereka lakukan dgn Geran bantuan e-money remaja)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 08:18 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089283 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list