CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 4

Melly Goeslaw Terlalu Mengagumi P.Ramlee Yang Genius Sampai Nyaris Bagi Nama Anak Sazali

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Melly Goeslaw mendedahkan hampir memberi nama anaknya dengan nama Sazali dek terlalu mengagumi bakat luar biasa yang dimiliki Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.


Sazali adalah watak yang dimainkan Seniman Agung itu, Anakku Sazali sekali gus menjadi salah satu lagu runut bunyi dalam filem yang diterbitkan pada sekitar tahun 1956.




IG Melly




Keinginan tersebut wujud kerana sewaktu pertama kali jatuh cinta dengan karya karya P Ramlee, Melly sedang hamil dan tidak lekang mendengar serta membaca kisah hidup pesohor seni yang cukup ikonik  itu.


“Kerana terlalu mengagumi karya karya P.Ramlee, saya hampir memberi nama anak yang saya kandung sewaktu hadir ke Malaysia dengan nama Sazali,” akui Melly saat ditemui Gempak.


Bagaimanapun, komposer, penulis lirik dan penyanyi yang dikurniakan anak lelaki sebaliknya memilih nama yang cukup unik buat dua cahayamata hasil perkahwinan dengan Anto Hoed iaitu Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.




  

IGStory Melly



Meski tidak jadi menamakan anak lelakinya dengan nama Sazali, Melly yang menyifatkan P.Ramlee sebagai genius mahu terus karya pemilik nama sebenar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh yang meninggal pada usia 44 tahun tersebut terus subur dan menjadi inspirasi generasi pelaku seni dan pemuzik masa kini.


“Saya selalu ingin generasi sekarang atau adik adik yang muda muda, muzik yang didengar sekarang, biar sehebat apapun, inspirasinya dari yang dulu juga. Jika di Indonesia ada Benyamin, di Malaysia ada P Ramlee.


“Mudah mudahan masyarakat Malaysia dan Indonesia terus menyayangi dan mencintai karya karya beliau. Di Indonesia misalnya ada ramai yang sangat meminati karya beliau, jadi biar terus dijadikan rujukan dan inspirasi ya,” lanjut Melly.


Terdahulu Melly dan suaminya mengambil kesempatan menziarah ke pusara figura yang sangat dihormati dan dikaguminya iaitu Allahyarham P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang sejurus tiba dari Jakarta, Indonesia.




  



“Memang yang pertama saya ingin lakukan saat kembali menginjak kaki ke Malaysia pada kali ini adalah menziarah pusara P Ramlee sebagai sebuah penghormatan dan apresiasi terhadap beliau yang amat saya kagumi.


“Sebelum ini saya sudah pernah singgah di muziumnya dan kali ini Alhamdulillah dapat ziarah pusara. Mudah mudahan doa baik bukan sahaja dari saya, tapi dari kita semua sampai buat P Ramlee di syurga Allah S.W.T,” katanya.


Melly, 48, berada di ibu kota untuk bertemu media pada sidang akhbar Ada Apa Dengan Melly? untuk mengumumkan konsert sulungnya yang dijangka berlangsung tahun hadapan.




Sumber: Gempak








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 09:33 AM | Show all posts
lainnya muka dia skrg
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurus dah ke dia skrg
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:50 AM | Show all posts

dah potong usus sis, confirm la kurus & berubah bentuk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 01:34 PM | Show all posts
lawa sejak buat bariatric..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.072955 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list