Warga emas terbunuh selepas disondol seekor lembu yang terlepas dari kandang di pasar menjual haiwan ternakan, lapor The Sun.
Lelaki malang tersebut secara kebetulan berada di laluan lembu berkenaan yang menerpa ke arahnya dari Pasar Whitland di Carmarthenshire, Wales.
Laluan lembu berkenaan - Foto: MEDIA WALES
Kejadian berlaku pada November 19, pukul 10 pagi waktu tempatan menyaksikan lembu itu membuat huru-hara di sekitar pusat bandar.
Akibat dari kejadian tersebut, lelaki itu cedera parah dan diterbangkan ke Pusat Perubatan Universiti Wales di Cardiff untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan memaklumkan lelaki berkenaan meninggal dunia 10 hari kemudian pada 29 November.
Lembu tersebut terus mencetuskan huru-hara di pekan Carmarthenshire dan kemudiannya memasuki landasan kereta api berdekatan.
Gambar hiasan - Foto: Alamy
Perjalanan kereta api terpaksa dihentikan seketika kerana timbul kerisauan akan keselamatan penumpang.
Selepas setiap cubaan untuk memerangkap lembu itu gagal, pihak berkuasa mengambil pilihan terakhir untuk menembak mati haiwan ternakan itu.
Keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan ancaman dibawa lembu yang sedang naik minyak itu.
Sumber: mStar
|