CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 3

[Sarawak] Penerbangan Terus Singapura ke Sibu Bermula 16 Disember depan

[Copy link]
Post time 1-12-2022 03:08 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) mengumumkan penerbangan terus AirAsia dari Singapura ke Sibu akan bermula pada 16 Disember depan.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata terdapat empat penerbangan setiap minggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Katanya, penerbangan dari Sibu ke Singapura akan berlepas pada jam 1.30 petang manakala dari Singapura ke Sibu pada jam 4 petang.

“Penerbangan ini kerap dipohon ADUN Bukit Assek (Chieng Jin Ek) dan ADUN Pelawan (Micheal Tiang Ming Tee).

“Saya berada di Singapura baru-baru ini dan berjumpa dengan Menteri Pengangkutan di sana dan beliau bersetuju dengan permohonan tersebut. Malah pihak AirAsia juga telah bersetuju,” katanya dalam sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa.

Menurut beliau lagi, MOTS juga sedang berbincang dengan pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching untuk membuka laluan perjalanan bas dari Kuching ke Singkawang melalui kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak – Aruk.

Katanya, cadangan itu susulan sambutan menggalakkan terhadap laluan perjalanan bas dari Kuching ke Pontianak yang telah bermula sejak 1 September lepas.

“Selain itu, kita juga akan mengadakan semula penerbangan dari Kuching ke Pontianak.

“Perkara ini telah dibawa ke mesyuarat BIMP EAGA baru-baru ini dan kita yakin penerbangan ini akan bermula semula dalam tempoh terdekat ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Dato Sri Lee berkata tender untuk membina Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di bawah projek Sistem Pengangkuan Urban Kuching (KUTS) yang dilaksanakan oleh Sarawak Metro telah dianugerahkan kepada kontraktor terpilih.

Katanya fasa 1 projek tersebut telah dianugerahkan pada tahun ini manakala fasa kedua membabitkan pembinaan sistem juga telah dianugerahkan kepada kontraktor baru-baru ini.

“Kontrak lain yang baru sahaja dianugerahkan adalah pembinaan Depoh Rembus untuk Laluan Biru. Sekarang kita hanya menunggu projek itu untuk bermula.

“Ketika ini, kita hanya menunggu pihak kebenaran dari syarikat China untuk melawat kilang pembuatan ART dan sistem mereka di sana,” katanya sambil berharap pihak China dapat melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membolehkan mereka melawat kilang mereka.

Untuk pembinaan Depoh Rembus, Sarawak Metro telah menganugerahkan tender berjumlah RM64.3 juta tersebut kepada Hock Seng Lee Bhd (HSL).

Projek tersebut membabitkan Pakej Sistem yang pertama meliputi penyerahan Kenderaan Hidrogen (H2V), Peralatan Depoh dan Kenderaan Penyelenggaraan (DEMV), Pintu Platform Automatik (APG) dan Sistem Isyarat & Kawalan (S&CS).

Manakala Pakej Sistem kedua meliputi sistem telekomunikasi, Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA), Kutipan Tambang Automatik (AFC), Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer (CMMS), Pusat Kawalan Operasi (OCC) dan Sistem Teknologi Maklumat (ITS).

Depoh Rembus akan menjadi penyedia hidrogen KUTS untuk bas dan kilang pengeluar hydrogen SEDC Energy Sdn Bhd.

Ia dijangka memulakan operasi pada suku keempat 2025 serentak dengan pembukaan Fasa 1 perkhidmatan penumpang ART untuk Laluan Biru.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan I & II, Datuk Dr. Jerip Susil dan Dato Henry Harry Jinep

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2022 03:08 AM | Show all posts


Terdahulu semasa menggulung perbahasan kementeriannya, Dato Sri Lee berkata sektor pengangkutan menjadi pemangkin dalam menjadikan Sarawak sebagai destinasi pilihan pelaburan dan pelancongan selaras dengan wawasan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Ke arah itu, MOTS katanya meletakkan keutamaan yang tinggi untuk menyediakan ketersambungan strategik kepada pusat ekonomi utama di Sarawak dan seterusnya bagi memudahkan dan mencetuskan pembangunan sektor ekonomi utama terutamanya, pertanian, pelancongan, perlombongan dan pembuatan di Sarawak.

“Oleh itu, kami (MOTS) memerlukan rangka kerja pengawalseliaan yang menyokong dengan model perniagaan yang betul untuk menarik penyertaan sektor swasta dan mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan Kerajaan.

“Saya ingin menekankan kepada Dewan yang mulia ini bahawa di Kementerian saya, ia adalah aspirasi kami untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, berpatutan, selamat, boleh diakses, pengangkutan awam yang selesa dan cekap tenaga untuk rakyat,” katanya.

Menurut Dato Sri Lee, sektor pengangkutan telah menyumbang sebanyak 8.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2019.

Bagaimanapun jumlah itu menurun kepada 7.8 peratus pada 2020 dan 7.9 peratus pada 2021 disebabkan penularan wabak Covid-19.

Katanya, Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) mengunjurkan sektor pengangkutan akan menjana lebih 30,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata MOTS telah menaiktaraf hampir 30 peratus dari keseluruhan 334 lampu isyarat simpang di kawasan bandar kepada Lampu Isyarat SMART.

Katanya, kawasan terbabit adalah di Kuching (65), Kota Samarahan (2), Sibu (7), Bintulu (4) dan Miri (18). – EDISI UKAS.



Comments

Tahniah pada FC kerana jadi Top Moderator utk Nov 2022, dgn 204 moderating activities, didepan Eva dan Admin6.Nah 204+ tacang penghargaan  Post time 16-12-2022 05:11 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 05:12 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 1-12-2022 03:08 AM
Terdahulu semasa menggulung perbahasan kementeriannya, Dato Sri Lee berkata sektor pengangkutan me ...

Tahniah pada FC kerana jadi Top Moderator utk Nov 2022, dgn 204 moderating activities, didepan Eva dan Admin6. Nah 204+ sebagai tacang penghargaan dari kita semua.


-Sr SMod-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.083458 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list