View: 884|Reply: 6
|
Peniaga Bundle Menangis Ustaz Tido Borong Semua Baju, Suruh Sedekah Kepada Gelandangan
[Copy link]
|
|
Seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) menangis terharu apabila seorang lelaki membeli semua jualannya berharga RM1,000 dalam satu siaran langsung di TikTok.
Lelaki yang memborong semua pakaian itu, dikenali sebagai @UstazTido, kemudian meminta peniaga tersebut memberi semua baju yang dibeli itu kepada gelandangan sekitar bandar.
“Anggap ini rezeki awak. Kalau kamu ada masa, sebelum subuh cuba pergi ’round’ bandar, cari orang gelandangan dan beri baju-baju itu pada mereka,” ujar @ustaztidoofficial itu.
Foto: Tiktok
Bukan itu sahaja, ustaz tersebut turut memberi tambahan RM300 kepada peniaga itu untuk membaiki telefon pintarnya yang rosak.
Di ruangan komen, orang ramai memuji dan mendoakan agar @ustaztidoofficial dimurahkan rezeki kerana sering membantu peniaga-peniaga kecil untuk terus bersemangat berniaga.
“Allahuakbar semoga ustaz dimurahkan rezeki selamanya, amin,” komen salah seorang netizen.
“Pernah rasa macam mana susah jual baju bundle.. penat, tiada yang beli. Kalau ada yang beli sehelai, rasa gembira luar biasa,” komen netizen yang lain pula.
Sehingga kini video yang dimuat naik oleh @ArmyUstazTido itu telah mendapat 2.4 juta tontonan, 209,500 tanda suka dan 6,912 kongsian.
Di akaun TikTok @ustaztidooffial, beliau sering memaparkan video dirinya berkongsi rezeki kepada orang yang memerlukan sekaligus menyebarkan kebaikkan kepada orang ramai. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Semoga terus dipermudah rezeki mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Best kan gelandangan. Tak payah kerja, makan free, baju free.. |
|
|
|
|
|
|
|
hey...gelandangan is where pahala bertimbun okeh...kalau xde gelandangan...celah mana nak kumpul pahala??
#tamakpahala
|
|
|
|
|
|
|
|
..KANNNN...
To be honest, dulu meols ni antara paling aktif buat CSR, kalau boleh tiap-tiap bulan tiap-tiap minggu ada je aktiviti CSR especially sekitar bandar fokus kat gelandangan...anak-anak keciciran ni.. tapi makin lama makin jadi tak ikhlas dan meluat, bila realize muka-muka sama ni memang pemalas nak mampos nak kerja, dah senang pagi-petang-siang-malam sampai tengah malam pun ada orang bagi makan, baju, toiletteries... hidup kau tido, merayap satu KL, mandi kat mana2 toilet awam...ada duit lebih sikit beli dadih cucuk lengan... pastu buat muka sedih.. dan paling sial, ada yang kongkek sesama gelandangan (ye, diorg mengaku), bagi pregnant, dan gunakan anak untuk mintak sedekah & claim warganegara...tak ke sial diorang... sekarang dah bersepah generasi ke-2, ke-3 gelandangan kat KL tu yang sambung rantaian ni...yg umur 9-10 dah pandai main kongkek kongkek
|
|
|
|
|
|
|
| |
|