View: 2933|Reply: 30
|
Tamat Pengajian Dengan Kelas Pertama- Nuha Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Sendiri, Naufal 'Join' Sekali
[Copy link]
|
|
Kegembiraan berganda buat penyanyi Nuha Bahrin apabila berpeluang membuat persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia Malaysia (MMU) selain turut menerima skrol ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran pada Isnin.
Tidak hanya mendapat sambutan baik daripada rakan-rakan pada majlis tersebut, Nuha, 22, juga berbesar hati apabila rakan duetnya, Naufal Azrin turut bersetuju membuat penampilan bersamanya di atas pentas menyanyikan lagu popular mereka, Casablanca.
Foto: IG
“Memanglah saya gembira sangat. Selama ini saya selalu dijemput untuk menyanyi di majlis konvokesyen dan kali ini dapat buat persembahan di hari yang amat bersejarah buat saya.
“Ia telah dirancang sejak awal lagi dan saya terharu apabila Naufal juga setuju untuk tampil bersama di atas pentas. Ini adalah sesuatu yang saya mahu buat untuk universiti,” katanya kepada mStar.
Foto: IG
Bercakap tentang perjalanan sepanjang dua tahun bergelar pelajar dan penyanyi, kata Nuha ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk membahagikan masa sebaik mungkin supaya kedua-duanya berjalan lancar.
Di sebalik jadual seni yang sibuk, Nuha berjaya memperoleh kelas pertama dalam pengajian dan itu merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat dirinya.
“Syukur sasaran saya untuk dapat kelas pertama tercapai. Saya amat gembira apabila dapat membuatkan kedua ibu bapa bangga dengan pencapaian ini.
“Bukan senang nak uruskan kerjaya seni dan pelajaran pada satu masa. Namun saya boleh katakan segala penat lelah selama ini berbaloi,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi ini juga berharap dapat memanfaatkan ilmu di universiti untuk membina empayar perniagaan sendiri di masa akan datang.
Nuha yang juga minat dalam bidang fesyen bercita-cita mahu memiliki jenama sendiri suatu hari nanti.
“Buat masa sekarang saya akan fokus dahulu dalam kerjaya seni. Kita lihat sejauh mana boleh pergi.
“Saya takkan sia-siakan ilmu di universiti dan berharap akan ada perniagaan sendiri nanti. Saya minat fesyen dan memasang impian untuk ada jenama sendiri nanti,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
dia nyanyi tak sedap2 tu, takde ke kawan yang beritahu secara ikhlas |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 orang zaman skarang punya famous.. Tak nyanyi sedap pon blh famous, boleh asyukk |
|
|
|
|
|
|
|
sebabnya, itulah antara genre terpaling 'ín' bagi bbnu masakini uols. Yang penting boleh dijadikan lagu latar tiktok memasing. |
|
|
|
|
|
|
|
Nyanyi suara macam lalat tercekik pun boleh famous |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni freehair esok ni
denyuuuuuuuuuuuut
bijikmu bergetaaaaaaaaaaaaaaaaaaar
|
|
|
|
|
|
|
|
chilly replied at 29-11-2022 07:27 PM
Tak canteknya kau dik.
Ingat mata iols je tengok sebegitu.
Semoga tenggelam sejuk beku |
|
|
|
|
|
|
|
Below par..ramainya batu kayu masuk industri seni sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Masuk kelas vokal pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
patutla kl hujan lebat sampai banjir kilat. dah dah lah nuha.... suara ko sumbang ko tak caya |
|
|
|
|
|
|
|
Bertiang jauh wany barista tinggalkan ko dek...wany tu lawa la jugak..suara pon boleh la sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suara macam tercekik tempe, muka pula hauk bebenor. Siapa la tipu dia sepanjang hidup dia yg dia boleh nyanyi + ada rupa? Confident dia terlebih |
|
|
|
|
|
|
|
MMU tersenyum sinis dapat jimat duit utk persembahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lg muka tua drpd adik bradii malvin tu padahal body kemetot je |
|
|
|
|
|
|
|
tuanya ko no dek. but suakti kolah |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku dok ingat dia ni study oversea |
|
|
|
|
|
|
|
rakan sekelas ada tak yang puji nyanyian awak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|