View: 3738|Reply: 54
|
[Tempatan]
Cakap tak serupa bikin katanya, Hadi persoal kredibiliti Anwar sebagai PM pula
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 29-11-2022 03:24 PM
ROMPIN: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoal kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada cukup syarat atau sebaliknya untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Anwar adalah bekas individu yang dihukum mahkamah kerana kesalahannya dan meminta pengampunan.
“Kita tak tahulah yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak tak tahu, bekas dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan-kesalahannya dan diminta pengampunan. Kalau dia tak salah mengapa minta pengampunan? Ini boleh jadi ketua negara?
“Kemudian dalam ucapan-ucapan pula nak tentang rasuah, nak tentang salah guna kuasa, nak tentang itu dan ini. Nak tentang perompak harta negara tetapi sekarang ini cuba bersengkokol dengan mereka yang macam itu dalam kerajaan kerana nak mencukupkan jumlah.
“Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini jangan biarkan. Ini satu kemungkaran yang besar. Kita mesti lawan,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kampung Mentara, di sini semalam.
Dalam pada itu, Abdul Hadi mendakwa, Pas menolak pelawaan menyertai kerajaan perpaduan disebabkan gabungan itu tidak didominasi pemimpin Islam dan merupakan kerajaan minoriti yang ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Islam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih PN, bersama kaum lain.
“Bukan Melayu sahaja termasuk ada India, China dan bukan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
“Sokongan ini mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam,” katanya.
Beliau mendakwa, kerajaan perpaduan ketika ini dikuasai oleh DAP yang meraih jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) pada PRU15, Sabtu lalu.
“Yang dominasi sekarang adalah DAP, (parti) bukan Islam. Dalam PKR, sebahagiannya sahaja Islam daripada 30 kerusi dimenangi mereka, sebahagian lagi bukan Islam. DAP pula meraih 40 kerusi.
“Dengan jumlah minoriti ini tertubuhnya kerajaan minoriti, malah perkara ini turut menimbulkan kekecohan, protes dalam UMNO, ini menandakan ia perkara tak sihat,” dakwanya.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/abdul-hadi-persoal-kredibiliti-anwar-sebagai-perdana-menteri/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Masalah nya ko dah lawan, dalam PRU. Masih ada yang undi Anwar dan kuncu kuncu nya. Bukan salah dia dan Zahid pun kalau dapat turn kan MP BN untuk sokong dia. Kalau PN di pihak yang benar, mereka yang sokong ko akan sanggup di pecat dari sokong Anwar |
|
|
|
|
|
|
|
Ya amponnn...apa lagi dia nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
anwat dah pecut dah pun... dah beberapa hari fikir dan buat kerja tetang harga barang, beban rakyat, dah build dah imej2 pm yang dia nak, fikir pasal ekonomi, halatuj... kau dah ketinggalan hadi..
.. tapi dalam politik serangan spt ini sebenarnya bagus, walaupun isunya ni dah ketinggalan.. tp at least dia serang juga kerajaan.. kalau senyap jer tu yang membimbangkan ... harap mahiadin pun mulai menyerang kerajaan baru ni |
|
|
|
|
|
|
|
dh xde modal sgt dh ke
kenapa x offer diri jd pm instead of abah
since uolsnya partei mng lagi banyk
in fact pasrti yg plg bnyk mng kot
come on...step up ur game
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak jadi pembangkang yang bijak... pembangkang yang perjuangkan hak2 rakyat, isu2 ekonomi, negara.. sibuk hal peribadi orang, kredibiliti orang...hang sendiri pun takde kredibiliti jadi menteri ..aduih |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar bukan macam PM yang kau nak tu, tak ada telur.
!9 hb Dec nanti datang tau, jangan ponteng... |
|
|
|
|
|
|
|
teruk meghoyan dorang ni bila hilang jawatan dan gaji. ..komitmen byk.ke tuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
asal banyak gila thread ayoh chik meroyan, tak leh ke update 1 thread je |
|
|
|
|
|
|
|
cakap dengan cermin ke?
Sore looser betul dia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by apech at 29-11-2022 10:40 AM
PN ni dia punya meroyan teruk betul. Lebih teruk dari bini mati laki.
Masa dia rampas ikut belakang haritu pun geng lagi 1 takde teruk melarat2.
Kali ni dalam pada ikut ydpa pun dia punya melompat tu tak habis2. Walaun asyik buat kronologi tapi hujung2 letak ayat "bukan niat nak mengungkit". Pala bana.
Pertahankan dia dah cukup SD tapi agung bagi masa lebih utk pihak lagi 1. Padahal dia mula2 umum dah dapat surat dr istana. Pada pendapat saya, tak adil dia nak curi SD individu tanpa persetujuan ketua. Padahal masa kempen pru, parti yg cari dana untuk dia berkempen sana sini. Bila dah menang, tiba2 beralih ke pihak lain.
Kalau tak setuju dengan ketua, tukar lah. Tak pun masa PRU pergi la bertanding atas tiket geng yg kau suka. Bukan dah menang baru nak cakap tak suka. Ni semua punca rasuah. Islam tak islam. Kalau takde akta lompat parti, meloncat macam beruk semuanya.
**Kalau geng bang non rampas ikut belakang mcm dia buat haritu, boleh terbalik kot malaysia ni. Memalukan agama isle betul baik abah, baik tok lebai. Sama naik dua2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ketua takde moral, takde integriti buang lah dia. Takpun gentle letak jawatan kalau tak nak bersekongkol dengan ketua kau. Baru ada integriti. Ketua kau pun kalau tau kau tak nak ikut cakap dia, awal2 lagi dia tak bagi pn kau bertanding.
Kena la dengan konsep geng lagi 1 tu, jenis tikam belakang. Alah yg tacing lebih pn geng lompat dulu kalini kalah teruk. Malu mana nak letak muka. Geng langkah Sheraton kalah teruk. Netizen sibuk memadankan muka kat diorang. Cash tuhan bagi utk org talam 2 muka.
**Divahh tersenyum sinis dari banglo baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh patutla lupa plak ada pilihanraya lagi ermmm nampaknya siri ceramah kempen burukkan lawan ni takkan berkesudahan sampai abis PRN negeri plak tahun depan.
Apa lerr baler patutnya semua buat serentak je aritu tak koser dah nak hadap kempen politik sana sini lagi igtkan 5 tahun lagi je baru hadap balik.
So skrg dh ada modal baru laa utk kempen politik.
Seeloknya kurangkan serang peribadi pihak lawan sbb takut nnt tercomolot plak.
Just bitau jelaa apa yg parti kamu dapat tawarkan cukuplaaa.
Rakyat pun dh muak dah dgn kempen kutuk2 pihak lawan ni ujung2 korang kena jilat ludah sendiri plak nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong PN tak rasa annoying ke dengan dia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 29-11-2022 10:14 AM
dh xde modal sgt dh ke
kenapa x offer diri jd pm instead of abah
Dia mcm marah pihak lain tp serang org lain.
Pi jelaa minta izin nak mengadap masuk yistana tu.
Pastu tanya puas2 kenapa biarkan org yg dia rasa takde kredibiliti, bekas banduan yadaaa yadaaa jd PM.
Ingat semua rakyat Malaysia ni mmg ngidam teruk sampai meleleh air liur ke nakkan bangnon tu jd PM?
Tak semua org nak tp semua org akur saja dengan ketentuan takdir, ydpa & raja2 melayu dah perkenankan malah dh selamat angkat sumpah pun so nk bising2 pun tak guna tunggu saja 19/12 ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
PAS banyak kerusi jadi PM tak nak bagi kat mudin
nak bunyi apa lagi????
orang tak suka mudin
tak suka mudiiiiiiiiiiiiiiin!!!!!!!
haaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 29-11-2022 10:03 AM
Ya amponnn...apa lagi dia nih....
His task as opposition. Hope with the strong opposition. They can do check and balance.
Tugas pertama Pembangkang. Jangan benarkan court cluster menjawat jawatan menteri/timb menteri.
Tugas kedua pastikan Karajan tunaikan manifesto |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah terlebih meroyan ni nampak macam sebab tu dia jadi macam tu, rakyat ramai je memerhati kelakunya tu elok dia makin pandai bawa diri. Takut makin menjadi makin ramai menjauhkan diri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|