CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

Harimau Selatan sedia ‘sapu bersih’ trofi

[Copy link]
Post time 26-11-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode

BIDOGLIO (kiri) percaya semangat barisan pemain JDT cukup membara menjelang aksi menentang Selangor FC pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. – SHIDDIEQIIN ZON


SKUAD Harimau Selatan kini mengintai untuk mencipta sejarah dalam usaha ‘sapu bersih’ trofi domestik musim ini menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Skuad Harimau Selatan ha­nya selangkah sebelum dapat melakar rekod unik untuk menjadi kelab Liga Malaysia (Liga M) pertama merangkul empat trofi dalam tempoh setahun selepas menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super sebelum ini.

Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio percaya semangat serta motivasi barisan pemain cukup membara untuk melakukan yang terbaik pada perlawanan final meskipun cabaran sukar yang bakal diberikan skuad Gergasi Merah nanti.

“Barisan pemain tidak pernah berpuas hati dengan kejayaan menjulang Piala FA dan Liga Super kerana mahu melengkapkan musim cemerlang dengan menjulang Piala Malaysia.

“Saya lihat barisan pemain cukup semangat untuk memberikan yang terbaik dengan bekerja keras sepanjang sesi latihan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Apa yang pasti, kejayaan menjulang trofi keempat musim ini cukup penting untuk semua pihak khususnya bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim/pemilik JDT),” katanya pada sidang akhbar di Bukit Jalil semalam.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Argentina itu mahu barisan pemain waspada dengan ancaman yang boleh dilakukan pasukan lawan selain berharap pasukan tidak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Harus diakui setiap aksi final bukanlah mudah selain Selangor juga telah menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini dan pasukan perlu berjaga-jaga selain tidak melakukan kesilapan mudah.

“Aksi Selangor dan JDT sentiasa sukar dan saya lihat mereka telah menunjukkan peningkatan daripada aspek pertahanan dan bahaya menerusi gerakan set piece seperti yang dilakukan ketika peringkat separuh akhir bertemu Terengganu FC (TFC),” katanya.

Sementara itu, kapten JDT, Farizal Marlias berharap pasukan belajar daripada kesilapan lepas setelah terpaksa berpuas hati dengan status naib juara edisi 2021 apabila tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) di pentas final.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -sapu-bersih-trofi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.041199 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list