View: 1036|Reply: 9
|
[Tempatan]
Anwar tidak bercadang menjadi Menteri Kewangan
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk menjadi Menteri Kewangan.
Menurutnya, ketika ini beliau berhadapan pelbagai cabaran besar yang perlu diselesaikan dan berharap ada jalan tuntas bagi masalah tersebut.
“Saya tak bercadang untuk pertimbang jawatan itu (untuk saya). Tapi kita akan perinci semula apa yang menjadi keperluan,” katanya hari ini.
Perdana Menteri ke-10 itu berkata demikian selepas ditanya adakah beliau akan menjawat jawatan itu memandangkan pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia sebelum ini.
Anwar mendapat pengiktirafan itu oleh EuroMoney pada tahun 1993 selain dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney.
Dalam pada itu, jemaah Masjid Putra, di sini, mengerumuni Anwar untuk berswafoto selepas beliau selesai menunaikan solat Jumaat.
Pengerusi Pakatan Harapan itu tiba di masjid berkenaan pada jam 1 tengah hari diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau kemudian beredar ke Bangunan Perdana Putra jam 2.10 petang dan sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir diiringi laungan takbir dan reformasi.
Dalam khutbah solat Jumaat, Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali menitipkan pesanan dengan menyentuh tanggungjawab seorang pemimpin yang harus dipikul dengan amanah.
Anwar memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.
https://malaysiagazette.com/2022/11/25/anwar-tidak-bercadang-jadi-menteri-kewangan/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 25-11-2022 09:35 PM
Hahaha . Nostalgia |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun depan ekonomi merudum.. Anwar awsl2 dah cuci tangan.. Tak nak kena blame gagal sebagai Menteri Kewangan |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 26-11-2022 10:19 AM
Tahun depan ekonomi merudum.. Anwar awsl2 dah cuci tangan.. Tak nak kena blame gagal sebagai Menteri ...
Tak per, kita tunggu jer. Kalau janji dikotakan, alhamduillah, kita ucap terima kasih. Kalau janji dicapati, then guna alasan jenis2 atau setaraf level ‘menifesto buka kitab suci’, selayaknya la dihencap berjemaah . |
|
|
|
|
|
|
|
jangan dia cakap
kitab suci pun belum tentu kitab suci udah
alamat sepangkat dengan etis berkulop la dia
waaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
SonicSiLandak replied at 27-11-2022 03:54 PM
calon menteri kewangan pujaan anda
waaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Dia byk formula, mungkin itu salah satu kriteria jadi Menteri Kewangan |
|
|
|
|
|
|
|
SonicSiLandak replied at 27-11-2022 03:55 PM
jangan dia cakap
kitab suci pun belum tentu kitab suci udah
Hehehe…. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|