CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Sabah] Buntu fikirkan nasib keluarga

[Copy link]
Post time 25-11-2022 05:58 PM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu: Tujuh mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Tatahan 2, Inanam, di sini, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, tiga rumah yang diperbuat daripada struktur binaan kayu berkenaan dilaporkan musnah sepenuhnya.

Mangsa kebakaran, Kuilan Gamin, 57, berkata, dia yang berada di tempat kerja terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

"Saya buntu dengan nasib keluarga kerana kami tidak ada lagi tempat untuk berteduh selepas ini.

"Ketika ini, kami hanya ditempatkan di Dewan Bersatu Tatahan untuk sementara waktu bersama satu lagi keluarga jiran," katanya ketika ditemui, hari ini.

Ibu tunggal yang tinggal bersama dua anaknya itu berkata, mereka berharap agar ada pihak yang sudi tampil membantu keluarganya dan jiran yang turut kehilangan rumah.

Seorang lagi mangsa, Severinus Jangkah, 41, berkata, dia tinggal di rumah berkenaan bersama isteri dan dua anak sejak enam tahun lalu.

Namun katanya, selepas ini mereka sekeluarga tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menumpang di rumah keluarga lain untuk sementara waktu.

Orang ramai yang ingin membantu memberi sumbangan kepada dua keluarga berkenaan boleh menghubungi Kuilan di talian 013-7323206 dan Severinus Jangkah 019-8507410.

Bantuan turut boleh disampaikan melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam menerusi nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 121054100108891.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.31 pagi sebelum sepasukan 16 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga pancutan sepanjang 60 meter dari sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

"Api berjaya dikawal pada 11.21 dan kebakaran tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.083600 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list