View: 297|Reply: 1
|
Gavi penjaring gol termuda selepas Pele
[Copy link]
|
|
GAVI (kiri) meraikan jaringan ketika menentang Costa Rica.
Doha: Jaringan pemain tengah Sepanyol, Gavi ketika membantu Sepanyol membelasah Costa Rica 7-0 menobatkannya penjaring termuda dalam sejarah Piala Dunia selepas legenda Brazil, Pele pada 1958.
Pele berusia 17 tahun di Sweden ketika membawa Brazil menjulang Piala Dunia pertama mereka yang menyaksikan dia menjaringkan enam gol.
Gavi, 18, turut meraih anugerah MVP selepas muncul pemain termuda Sepanyol menjaringkan gol di Piala Dunia apabila mengatasi rekod Cesc Fabregas yang berusia 19 tahun ketika membolosi gawang Ukraine di kejohanan 2006.
"Saya gembira dengan pengiktirafan ini tetapi paling penting kami menang dan beraksi dengan cemerlang. Kita perlu teruskan momentum ini," kata Gavi ketika sidang media awal pagi tadi.
"Sudah tentu satu penghormatan menjadi kedua dalam senarai dan ia sesuatu yang menjadikan saya sangat gembira dan penyuntik semangat."
Gavi menjaringkan gol kelima Sepanyol pada minit ke-74 menerusi voli menarik selepas mendapat hantaran Alvaro Morata.
Ferran Torres meledak dua gol sekali gus membolehkan Sepanyol melepasi jumlah 100 jaringan keseluruhan sepanjang penyertaan mereka di kejohanan berprestij itu.
Pemain Barcelona, Gavi muncul pemain termuda mewakili Sepanyol pada November 2021, dua bulan selepas hari jadi ke-17. Beberapa bulan kemudian, dia menjadi pemain termuda Sepanyol menjaringkan gol untuk negaranya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ermuda-selepas-pele |
|
|
|
|
|
|
| |
|