CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin, penyokong parti politik diingat waspada keluar kenyataan

[Copy link]
Post time 24-11-2022 12:16 AM | Show all posts |Read mode


ABQAREE
KOTA KINABALU: Para pemimpin dan penyokong parti-parti politik di Sabah digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan kestabilan pentadbiran negeri inis.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz Abekan berkata, pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini sepatutnya menyaksikan muafakat dalam kalangan pemimpin demi rakyat.

Katanya, drama-drama politik seharusnya dihentikan kerana masih banyak agenda dan masalah rakyat yang perlu diselesaikan oleh bakal kerajaan baharu dan Perdana Menteri yang akan dipilih nanti.

Beliau yang mengikuti rapat perkembangan politik tanah air berkata, situasi ketika ini memerlukan ahli-ahli politik berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan.

Ini kerana jelasnya, ia bukan sahaja akan mempengaruhi emosi rakyat, malah penilaian pelabur luar terhadap kestabilan politik di negeri ini turut sama akan terkesan.

"Masih banyak isu perlu diselesaikan oleh bakal kerajaan dan Perdana Menteri baharu di peringkat Persekutuan melibatkan kepentingan rakyat seperti peningkatan kos sara hidup, kadar dasar semalaman (OPR) yang tinggi, pemilikan rumah oleh golongan belia, dan isu pembangunan infrastruktur terutamanya di Sabah selain kemelesetan ekonomi global dijangka berlaku pada tahun hadapan.

"Kos sara hidup lebih tinggi daripada pendapatan bulanan, ketidakmampuan belia memiliki tempat tinggal akibat OPR yang tinggi 2.75 peratus dan masalah pembangunan infrastruktur terutamanya di Sabah, semuanya memerlukan penyelesaian segera.

"Proses pembentukan kerajaan yang mengambil masa lama akibat ketidaksediaan ahli politik untuk duduk semeja bukan sahaja meresahkan rakyat, malah mampu mempengaruhi keyakinan pelabur asing untuk masuk ke negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, situasi yang berlaku sangat memenatkan rakyat yang sedang tertunggu-tunggu penubuhan kerajaan baharu.

Pada masa sama jelasnya, rakyat turut berharap kerajaan baharu akan mengumumkan polisi pembangunan ekonomi yang dijangka bersifat inklusif serta efektif dalam menyelesaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu Abqaree berkata, pihak MBS turut berharap agar pembentukan kerajaan baharu dan perlantikan Perdana Menteri segera dapat dicapai dalam masa terdekat bagi meredakan spekulasi dan 'perang dingin' di antara pemimpin dan penyokong parti politik di Malaysia khususnya di Sabah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.147598 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list