CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 2

Anak Tergamak Kelar Bapa Sampai Mati Gara-Gara Bergaduh Tentang Duit Nak Beli Rokok

[Copy link]
Post time 23-11-2022 05:37 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang lelaki di Pulau Phuket, Thailand didakwa membunuh bapanya dalam satu kejadian yang berlaku hanya disebabkan perbalahan mengenai wang untuk membeli rokok, baru-baru ini, lapor portal berita Thaiger.


Arnon Kammanochart, 26, mengelar leher Uthai Kammanochart, 51, di daerah Thalang Isnin lalu dengan mendakwa bahawa dia mempertahankan diri ketika bergelut dengan bapanya itu sebelum bertindak membunuhnya.


Lelaki berkenaan memberitahu polis Thalang bahawa Uthai meminta dia membeli rokok, menyebabkan pemuda berkenaan pergi ke rumah neneknya untuk mendapatkan wang. Namun, neneknya enggan memberikan sebarang duit yang menyebabkan dia pulang ke rumah.




Foto: Phuket.net




Selepas pulang ke rumah, Arnon memberitahu mangsa bahawa neneknya enggan memberikan wang kepadanya.


Ekoran itu, mangsa bertukar menjadi ganas sekali gus mendorong dia bertindak menendang muka suspek. Sebagai tindak balas, suspek mengambil sebilah pisau dapur bagi mempertahankan diri sebelum mengelar leher dan membunuh mangsa.


Beberapa anggota polis kemudian tiba sebelum suspek menyerah diri selepas kejadian tersebut.


Mereka turut menemui mayat mangsa di atas katil di belakang rumah dengan terdapat kesan luka di leher dan mukanya.


Namun, tiada saksi mampu mengesahkan atau menafikan kenyataan suspek kerana hanya mereka berdua yang tinggal di rumah tersebut. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 09:13 AM | Show all posts
cam bodo je gado sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:13 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.948526 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list