CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

[Pulau Pinang] LTAPP dilanda tiga kali banjir kilat sejak 2017

[Copy link]
Post time 22-11-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode
LTAPP dilanda tiga kali banjir kilat sejak 2017



oleh     SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI      22 November 2022     01:02pm






Zairil




GEORGETOWN - Sebanyak tiga kejadian banjir kilat berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sejak 2017 sehingga tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, berdasar kepada rekod Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), LTAPP telah mengalami banjir kilat pada 28 Oktober 2018, 3 September 2019 dan 24 September 2022.

Bagaimanapun katanya, tiada penerbangan yang terjejas akibat banjir di kawasan terminal kerana kejadian banjir yang berlaku hanya melibatkan sebahagian kawasan terminal sahaja.

"Selain itu, LTAPP juga tidak ditutup kerana kejadian banjir ini dan operasi penerbangan keluar masuk LTAPP berjalan seperti biasa," katanya ketika menjawab soalan Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) berhubung jumlah kejadian banjir di LTAPP sejak 2017 hingga kini.

Zairil (DAP-Tanjung Bungah) berkata, bagi mengatasi kejadian banjir ini, MAHB telah membina dua tangki On-Site Detention (OSD) pada tahun 2015.

"Tangki OSD yang berkapasiti 264 meter padu (m3) dan 190 m3 ini direka bentuk berdasarkan taburan hujan yang diterima oleh kawasan tadahan lapangan terbang iaitu sekitar 30 hingga 40 milimeter (mm) per jam.

"OSD bertindak sebagai takungan penampan yang menyimpan aliran 'surface run-off' ketika hujan dan melepaskan ke sistem saliran terbuka selepas hujan berhenti. Sejak pembinaan OSD ini, ia dapat menghalang kejadian banjir di terminal," kata beliau.

Menurutnya, MAHB juga telah menaik taraf sistem pam di kawasan apron pesawat turboprop dan meninggikan paras lantai bangunan terminal di kawasan tersebut pada tahun 2018.




"Ini terbukti berkesan yang mana selepas projek ini dilaksanakan, kawasan tersebut tidak lagi dinaiki air ketika hujan lebat. Pada 2019, MAHB telah membina satu lagi tangki OSD dengan saiz takungan 1200 m3. OSD ini dibina serentak dengan projek tempat letak kereta bertingkat.

"Projek ini telah selesai pada September 2022. MAHB juga kini sedang merangka pelan pengaliran air hujan dari longkang ke dalam pam bah (sum pump), dan seterusnya daripada pam bah terus ke tangki OSD," katanya.

Zairil menambah, proses untuk merekabentuk sistem ini masih dalam tindakan MAHB dan dijangka akan dapat digunakan menjelang suku pertama 2023.

"Untuk pelan jangka panjang pula, MAHB kini sedang dalam proses merangka reka bentuk sistem tangki OSD yang lebih besar untuk menampung curahan air hujan yang berintensiti tinggi. Pelan ini akan dimasukkan ke dalam perancangan National Airport Master Plan (NAMP) bagi LTAPP yang disediakan oleh MAHB.

"Penyelesaian jangka panjang yang diambil oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang pula adalah pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Tiram di Kampung Naran, Bayan Lepas melalui peruntukan projek berimpak tinggi (PBT) bagi mengurangkan risiko banjir di sekitar kawasan Kampung Naran dan kawasan berdekatan LTAPP," katanya.

Kata beliau, kerajaan negeri dan MAHB sentiasa komited dalam memastikan LTAPP ini berada pada tahap yang terbaik dan sentiasa berusaha menambah baik fasiliti-fasiliti yang berkaitan demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Menjawab soalan Mohd Yusni berhubung sama ada pembesaran LTAPP akan relevan dalam menangani masalah banjir, Zairil berkata, ia masih relevan bagi menyokong perkembangan ekonomi di Pulau Pinang dan peningkatan jumlah penumpang setiap tahun.

"Perancangan dan persediaan yang rapi seperti pembinaan rancangan tebatan banjir (RTB) dan lain-lain infrastruktur adalah diperlukan bagi memastikan kejadian-kejadian tidak diingini seperti banjir kilat ini dapat dielakkan pada masa hadapan.

"Cadangan pembesaran LTAPP kelak akan turut melibatkan kajian sistem saliran dan perparitan bagi mengelakkan LTAPP mengalami banjir. Untuk itu, Kementerian Pengangkutan dan MAHB sedang bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan pemegang taruh bagi membolehkan satu reka bentuk mampan yang dapat mengelakkan kejadian banjir berterusan.

"Penglibatan semua agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta pemegang taruh terbabit adalah amat penting untuk merealisasikan pembesaran LTAPP," katanya







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.079866 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list