CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Pahang] 2 sungai di Bera lepasi paras amaran

[Copy link]
Post time 22-11-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuantan: Paras air dua sungai di Bera iaitu Sungai Triang dan Sungai Serting melepasi paras amaran setakat jam 9 pagi, hari ini.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras air Sungai Triang di Triang merekodkan bacaan 34.21 meter (m) berbanding 33.50 m.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang pula merekodkan bacaan 30.95 m berbanding paras amaran ialah 30.50 m.


Dua lagi sungai iaitu Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula melepasi paras waspada.

Bagaimanapun, info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibuka.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata sebanyak 81 kenderaan air termasuk bot jenis aluminium dan gentian kaca disediakan
bagi operasi menyelamat sekiranya berlaku banjir.

Bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, katanya, seramai 896 pegawai dan anggota APM Pahang bersiap siaga pada bila-bila masa.

"Semua pegawai dan anggota yang sudah menjalani latihan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sekiranya berlaku banjir.

"Bagi memantapkan operasi, kita turut berhubung rapat dengan komuniti setempat terutama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-paras-amaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061574 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list