CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk resah jambatan sementara kerap ditenggelami air

[Copy link]
Post time 21-11-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Jambatan sementara Kampung Batu 6, sering denaiki air apabila hujan lebat menyebabkan penduduk terputus hubungan. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Lebih 200 penduduk di Kampung Batu 6, di sini, resah apabila kerap terputus hubungan berikutan jambatan sementara yang dibina sering tenggelam jika hujan lebat.

Jambatan itu turut menghubungkan Kampung Batu 6 ke Kampung Batu 5 dan menjadi laluan utama penduduk untuk ke Bandar Gua Musang.

Penduduk, Suzili Sulaiman, 46, berkata, sejak bulan lalu, jambatan sementara yang dibina setinggi dua meter dari sungai terbabit kerap tenggelam kerana hujan lebat.


"Selepas air surut, kami akan bergotong-royong membersihkan jambatan terbabit kerana berlumpur selepas dinaiki air dan membahayakan pengguna laluan itu.

"Keadaan ini merisaukan kami kerana memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak, di sini, terutama yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Sekolah paling dekat dengan kami sejauh 30 kilometer (km) di Bandar Gua Musang," katanya.

Pendudul lain, Rozi Ismail, 68, berkata mereka pernah dijanjikan pembinaan jambatan kekal pada Mei lalu, namun sehingga kini masih belum ada.

"Sampai bila kami ingin hidup dalam keadaan begini hanya menggunakan jambatan sementara. Tambahan pula kini sudah memasuki musim tengkujuh.

"Saya harap pihak berkenaan dapat mempercepatkan pembinaan jambatan kekal seperti yang dijanjikan untuk memudahkan kami melakukan urusan di Bandar Gua Musang dan menghantar anak ke sekolah.

"Sebelum menggunakan jambatan sementara ini, terdapat jambatan konkrit yang lebih tinggi, namun ia rosak apabila banjir besar. Jadi kami harap jambatan baru yang akan dibina lebih kukuh daripada sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Ab Aziz Yusoff berkata, beliau sedia maklum masalah yang dihadapi oleh penduduk dan meminta mereka bersabar kerana jambatan yang dijanjikan akan dilaksanakan.

"Jambatan yang akan dibina adalah jambatan konkrit yang sama tinggi dengan laluan kereta api," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-ditenggelami-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.142375 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list