CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 4

[Politik] PRU15: UMNO Johor tetap tolak gabungan kerajaan Persekutuan babit DAP

[Copy link]
Post time 21-11-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode
PRU15: UMNO Johor tetap tolak gabungan kerajaan Persekutuan babit DAP

https://www.bharian.com.my/berit ... rsekutuan-babit-dap

Oleh Mohamed Farid Noh - November 21, 2022 @ 12:17pm
[email protected]


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad Foto fail NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: UMNO Johor berpendirian gabungan politik yang dibentuk bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan tidak perlu membabitkan DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata keutamaan parti politik ketika ini membentuk gabungan politik yang stabil.

"Selain itu, UMNO Johor berpendirian, kerajaan Persekutuan ditubuhkan perlu berfungsi serta berfahaman sederhana (moderate) untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa hadapan.

"Oleh yang demikian, UMNO Johor berpendirian bahawa gabungan politik yang dibentuk tidak perlu membabitkan DAP," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg, dilaporkan memaklumkan gabungan itu bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan menerusi kerjasama dengan tiga lagi gabungan iaitu Perikatan Nasional (BN) dan Barisan Nasional (BN).

Abang Johari dilaporkan berkata, keputusan membentuk kerajaan campuran itu dibuat demi mengukuhkan dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.

Bagaimanapun, hari ini media melaporkan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa pimpinan parti mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PN) termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara, pagi tadi.

Dalam keputusan PRU15, BN hanya berjaya memperoleh 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU14.

Pada PRU14 lalu, UMNO dilaporkan menang di 54 kerusi Parlimen. Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beberapa kerusi yang dimenangi UMNO dalam PRU14 lalu, tewas dan beralih ke PN.

Dalam pada itu, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor dan Pengarah Pilihan Raya BN Johor berkata, BN dan UMNO Johor menerima dan menghormati keputusan rakyat di dalam PRU15.

Katanya, keputusan PRU15 cukup jelas dan adalah penzahiran kepada kematangan rakyat dalam

mendakap budaya demokrasi di Malaysia.

"Keputusan PRU15 juga adalah isyarat jelas rakyat kepada UMNO dan BN. Oleh yang demikian, UMNO Johor percaya bahawa Presiden akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya.

"Pemilihan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi perlulah berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan (restore) UMNO.

"Keyakinan pengundi kepada parti ini perlu segera dipulihkan agar UMNO kembali diyakini semua rakyat Malaysia," katanya.

Hasni yang menang kerusi Parlimen Simpang Renggam pada PRU15 berkata, keputusan PRU di Johor akan diteliti secara mendalam supaya penambahbaikan dapat segera dilakukan.

"Melangkah ke hadapan, UMNO dan BN Johor akan terus diperkukuhkan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawan tokey blh kena tendang party
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 09:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2022 09:36 PM | Show all posts

hahahahaha.....hawau betul bebudak twitter   Cute giler kucing tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 09:43 PM | Show all posts
rasanya cina2 bukit
cina2 along (lulusan setakat SJKC)
dh boleh hafal lagu mudah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.228883 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list