CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] PRU15: WARISAN sokong kerajaan Persekutuan beri kestabilan negara

[Copy link]
Post time 21-11-2022 07:37 AM | Show all posts |Read mode


Shafie ketika mengadakan sidang media hari ini. - Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (WARISAN) akan menyokong pembentukan kerajaan Persekutuan yang mampu memberi kestabilan kepada negara dan menjaga kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, kata Presidennya Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Tanpa menamakan mana-mana pemimpin atau parti, beliau berkata WARISAN menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin politik, yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dan parti itu sedang menimbangnya dengan sebaik mungkin.

“Apa yang penting kepada kita kestabilan negara, kepentingan (negeri-negeri) Borneo untuk rakyat, walaupun jumlah (kerusi Parlimen WARISAN) kecil, namun ia mampu menambah kestabilan kepada politik di negara ini dan sesiapa yang mahu bentuk kerajaan Persekutuan perlukan sokongan ini.

“Sesiapa sahaja yang mahukan kerjasama kita, perlu menimbang apa yang menjadi ‘fundamental’ kepada perjuangan kita (termasuk) kepentingan rakyat, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan juga ‘survival’ WARISAN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Kolombong di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), WARISAN yang bertanding di 52 kerusi Parlimen seluruh negara memenangi tiga kerusi Parlimen dengan Mohd Shafie sendiri mempertahankan Parlimen Semporna, Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) dan Datuk Mohamad Yusof Apdal (Lahad Datu).

Mengulas mengenai keputusan PRU15, Mohd Shafie berkata ia merupakan sebuah keputusan daripada rakyat Malaysia sendiri seiring amalan demokrasi serta hak rakyat dan WARISAN menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Kita tidak boleh menindakkan keputusan ini, kerana rakyat menjalankan tanggungjawab mereka memilih siapa mereka kehendaki, ada tsunami pengundian berlaku sehingga WARISAN hilang kerusi (Parlimen) di kawasan boleh dipertahankan, tetapi kita terima baik dan hormati keputusan rakyat,” katanya.

Ditanya tentang perancangan WARISAN selepas ini, beliau berkata sudah sememangnya parti itu mahu mengukuhkan kedudukan di Sabah, namun dalam masa sama tidak akan sama sekali mengabaikan apa yang telah parti itu bina di Semenanjung.

“Kita sudah ada struktur dan beberapa kawasan terima ribuan undi, kita tidak boleh katakan tiada langsung penerimaan rakyat Semenanjung kepada WARISAN, mungkin rasa terlalu awal untuk kita peroleh kemenangan, proses ini ambil masa untuk kenali WARISAN, calon, manifesto dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata selain peringkat kerajaan Persekutuan, WARISAN yang mempunyai 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan satu kerusi DUN di Selangor masih perlu memainkan peranan di peringkat negeri. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.059880 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list