View: 2657|Reply: 38
|
Letopan! Ketua Penerangan UMNO umum letak jawatan, Zahid bila?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengumumkan perletakan jawatannya bagi mengambil tanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada masa sama, beliau turut menggesa agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berundur secara terhormat bagi mengambil tanggungjawab kekalahan ini.

"Saya sependapat dengan Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) iaitu tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu, saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu (Presiden UMNO dan Pengerusi BN) perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini dengan berundur secara terhormat.
"Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini.
"Atas semangat 'collective responsibility' itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
"Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas Shahril, keputusan besar sebegitu memang perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan bukannya mana-mana individu atau kelompok sahaja.
https://www.sinarharian.com.my/article/232427/berita/politik/pru15-shahril-umum-berundur-minta-zahid-ikut-jejak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hat muda plak yg letak jawatan
Kat socmed tu ramai dah ahli umno sendiri berbunyi minta org tua bersara |
|
|
|
|
|
|
|
Yg x perlu lak pg letak jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik..dahla kacak..besar hati plak letak jawatan.nanti buat comeback mana tau lepas ni ada muar ke..bagan datoh kosong sebab cek in sg buluh |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu meeting apa cerita.....sekarang semua riuh rendah mintak komedi turun...mael penyu tunggu dijulang sambil pikir baju designer mana nak dipakai |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik….berani letak jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
Shahril Letak Jawatan, Mohon Zahid Hamid Hamidi Segera Undur Secara Hormat
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka, Shahril Sufian Hamdan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15).
Menurut Shahril, UMNO kini perlu mempertimbangkan langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai jumlah majoriti iaitu 112 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, sebelum pimpinan tertinggi membuat perbincangan, beliau berpendapat bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur terlebih dahulu.
 Foto: Kosmo
“Saya sependapat dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau, saya berpandangan bahawa Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu mengambil tanggungjawab kekalahan ini dan berundur secara terhormat.
“Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Shahril berkata, atas semangat ‘tanggungjawab’ itu, beliau juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar. Seperti ramai yang lain, saya kekal setia bersama UMNO. Perjuangan parti belum selesai,” ujarnya.- CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Wak pun menang tipis je dek. Haruslah jd Jibby pt2 jugak gittchew  |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat la resign, org dh menyampah sgt ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ngkorang juger yang pilih dia 
Hadap ajer ler sikap tamak haloba nyer |
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 20-11-2022 02:22 PM
Tunggu meeting apa cerita.....sekarang semua riuh rendah mintak komedi turun...mael penyu tunggu dij ...
Menantu seronok dpt menempel skali....hoho |
|
|
|
|
|
|
|
Bubar.. bubar. Senjata dah makan tuan wey
  |
|
|
|
|
|
|
|
Happy lah ketua tu, org lain yg letak jawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Noh omar pun dah letak jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 20-11-2022 02:37 PM
Tan Sri Noh Omar pun dah letak jawatan sebagai Pengerusi perhubungan UMNO negeri Selangor tapi masih lagi ahli MKT. Dia pun tak tercalon PRU 15, nampak sgt presiden pun dah tak nak dia.
Harap ramai lagi yang bersuara |
|
|
|
|
|
|
|
juboqhang replied at 20-11-2022 02:32 PM
Bubar.. bubar. Senjata dah makan tuan wey
Tu dia...selagik tak bubar, selagik tu je, hulur ke hilir, bubar bubar cam tak menyempat tunggu tahun depan, nie dah dapat apa yg di inginkan...
wak jangan lupa ya, file di atas meja |
|
|
|
|
|
|
|
Si presiden x tau malu ni bila nk resign…bapak dgn anak mmg dua2 muka tembok…cepat2 la kau check in sg buloh…menyemak je |
|
|
|
|
|
|
|
BN kena reform then boleh tawan hati utk menang next pru. Sebagai ex totok ph mmg aku dah plan nak undi BN. Tapi sebab zahid tu angkuh bebeno dgn anaknya, aku seing to PN. |
|
|
|
|
|
|
| |
|