Tular satu video seorang lelaki dipercayai suami mendera seorang wanita di sebuah rumah semalam telah menimbulkan kecaman netizen.
Seorang wanita dan kanak-kanak wanita turut berada di dalam video berkenaan tanpa mengetahui dimanakah lokasi kejadian, lapor Kosmo.
Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang itu menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.
Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.
Melalui kapsyen video berkenaan menyatakan lelaki itu didakwa merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi.
“Dia dera bini baru pulak (pula) tolong viralkan…dia dah dera separuh mati,” ujarnya.
Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna Tiktok meminta pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan terhadap video yang tular itu.
“Dekat mana..call polis,” kata netizen.
“Yang rakam ni call la polis…rakam je buat apa,” kata netizen lain.
Apa lah salah wanita tersebut sampai diperlakukan seperti itu. - CARI
|