View: 884|Reply: 13
|
Tiket Bas Habis, Pelajar OKU Gigih Jalan Kaki Dari Kepala Batas Nak Balik Kampung Di Kelantan
[Copy link]
|
|
KEPALA BATAS – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) pertuturan dan pergerakan gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan bagi menunaikan kewajipan sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Muhammad Haikal Noor Azmin,18, yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas di sini nekad berbuat demikian selepas tiket bas ekspres untuk pulang ke kampung dikatakan habis dijual.
Walau bagaimanapun, dia yang berjalan bersendirian sambil menyorong beg pakaian itu ditemui seorang pensyarahnya yang kebetulan dalam perjalanan pulang di sekitar Jalan Bertam Indah 2 kira-kira pukul 7 petang semalam.
 Foto: Kosmo
Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof ketika dihubungi berkata, pelajar tersebut ditemui dalam keadaan keletihan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.
“Muhammad Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.
“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu ini.
“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Haikal berkata, beliau amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan.
Katanya, bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban keluarganya.
Difahamkan, beliau kematian ayah sejak berusia 11 tahun lagi dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung daripada lima beradik. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamduillah & tahniah dik. Semoga jadi insan berjaya suatu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau balik kelantan undi PAS, baik tak payah balik dik.
konfem PAS menang.  |
|
|
|
|
|
|
|
hahaa....btl. xdok beza pon.. tp semangat dia harus dipuji chuolss..
|
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 17-11-2022 05:46 PM
kalau balik kelantan undi PAS, baik tak payah balik dik.
konfem PAS menang.
Hahahaha aku pun tak balik mengundi tahun ni..sbb alamat aku mengundi kwsn kubu kuat hj Hadi. Buat penat je balik mengundi |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dia x mengundi pun, dia blk nk jumpa keluarga. Pelajar IPT dpt cuti 5 hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih pulak acik...semoga Allah swt permudahkan urusan dunia dan akhirat adik, amin.
Belajar elok-elok...kecik-kecik lagi dah menanggung beban keluarga 
|
|
|
|
|
|
|
|
kagumnya. semoga yg baik2x sahaja untuk kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca ayat last trus sedih hati ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam demi konten ni. Ada tengok gambar lecturer dia ambik gambar dari dalam kereta lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Balik bercuti sambil mengundi
Yg dihiglite kan cuma hal ngundi je
Pastu netizen ngongek ada hati bandingkan budak ni dgn org dewasa yg bekerja jauh byk masalah etc
|
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|