CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 0

Tak Salah Nak Terjun Bidang Politik, Tapi Kalau Betul Nak Jadi Penyanyi Baik Fokus Pada Nyanyian - Wani Kayrie

[Copy link]
Post time 16-11-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Wani Kayrie, beranggapan penglibatan penggiat seni dalam dunia politik bukan satu kesalahan seperti yang ditafsirkan sesetengah pihak jika mereka tahu batasnya.


Mereka harus bijak dalam memberi komitmen dalam karier dan dunia politik kerana itu adalah sesuatu perkara yang berbeza.




IG Wani




"ada saya, kalau betul-betul nak jadi penyanyi, baik fokuskan pada nyanyian sebab Wani sendiri rasa kalau ingin ke bidang politik, saya perlu sekurang-kurangnya mengorbankan salah satu daripada kerjaya saya."


Penyanyi itu berkata demikian pada sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Nero Event Space, PJPAC, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Sementara itu, Wani, 22, mengharapkan pemerintah baharu akan bertindak lebih adil dan tidak tertumpu hanya kepada satu bidang sahaja.


"Saya harapkan pemerintah baharu nanti akan melayan semua sama rata, tak kisah dari segi bidang nyanyian ke, bidang pelajaran atau sukan. Semuanya haruslah naik sama-sama naik."




IG Wani




Tambahnya, kerajaan baharu sewajarnya memberikan peluang kepada mereka yang baru dalam industri untuk menonjolkan diri dengan bantuan yang secukupnya.




Sumber: OHBulan








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035034 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list