CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2454|Reply: 27

"Skandal RM2 Bilion Dia Tak Siasat!"- Rafizi Ramli Bengang SPRM Serbu Pejabat

[Copy link]
Post time 16-11-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, mendakwa syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.


Rafizi mempersoalkan tindakan itu kerana mendakwa sudah mendedahkan skandal membabitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai dua bilion berserta bukti sebelum ini, namun perkara itu tidak disiasat SPRM.




Foto: Utusan




"Hari ini, sedang saya berkempen, SPRM datang serbu pejabat saya, tahan budak-budak saya selama tujuh jam. Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia tak siasat.


"Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Datuk Abdul) Latiff Ahmad (bekas Timbalan Menteri Pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat.


"Satu sen pun yang membabitkan syarikat saya adalah wang saya dan pelabur, bukan wang rakyat. Saya ambil duit poket saya, bayar kepada 150 budak yang pandai untuk didik mereka dalam perniagaan.


"(Tan Sri) Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ini, dia hantar pegawai dia serbu. Sampai jam 9 tadi masih kena kacau," dakwanya ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju di sini, malam tadi.


Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebelum ini, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Rafizi, susulan satu laporan yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan itu.


Sementara itu, Rafizi berkata, beliau akan meneruskan pendedahan mengenai skandal projek tebatan banjir Sungai Langat 2, yang didakwa membabitkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Rafizi mendakwa, beliau mempunyai bukti lain yang menunjukkan projek itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan, yang melanggar undang-undang.


"Saya nak tengok, apa Azam Baki dan SPRM jawab lepas ini. Tuan Ibrahim ingat saya mempunyai satu atau dua dokumen.


"Selalunya, kalau saya mula dedah sesuatu, saya boleh heret sampai berbulan-bulan," katanya.


Rafizi sebelum ini menuntut penjelasan Tuan Ibrahim berhubung status projek kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.


Beliau mendakwa, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender terbabit secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Oktober 2022, sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.


Susulan dakwaan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan, surat yang ditunjukkan Rafizi bukan dikeluarkan beliau atau kementeriannya, selain tarikh surat dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sprm kan telus...semuanya disiasat...thats what you want right rapiji...so dont complaint too much...bila kena kat batang hidung mula lah make noise...play victim konon...enough of your drama...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebok nak bongkar sana sini akhirnya diri sendiri terbongkar...serupa mcm guan eng dan sadiq sebok tuduh orang rasuah akhirnya sendiri ada kes rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 11:28 AM | Show all posts
Dia sendiri ada buat report SPRM ke atau just main cakap2 ke LCS lah, kes banjir la itu la ini la....Kalau takde report cemana SPRM nak take action?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 11:29 AM | Show all posts
Bosanlah cerita recycle, personal attack sana sini.. Negara kita ada saluran undang-undang, buatlah sesuatu. Time berkempen sibuk cerita orang itu, orang ini.. Rakyat melopong dengar cerita orang, susah tatap sama. Mana plan untuk kebajikan rakyat, kestabilan ekonomi, hala tuju negara etc..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 11:39 AM | Show all posts
Buat apa nak bengang, kalau betul cari operasi syktnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2022 11:49 AM | Show all posts
dia ini suka buat kacau dgn penguasa
dia ini suka fitnah org tapi bila dia kena koyak pula
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 11:50 AM | Show all posts
aiyooo.....sudah bising poulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 12:08 PM | Show all posts
Hahahah si piji meroyan.  Kau pergi la buat polis report pasal LCS ke mcs ke bbgs ke setakat cakap macam budak2 sekolah berangan nak kawin Joon Kok tak yah la koyak dah ada orang report polis.  Tapi tang lagi satu pasal masuk melaka tu kau rajin lak mereport lepas tu menganjing.  Dok cerita orang sana sini tak elok tak bagus, satu hapah pun tak sebut pasal what he can do for the Pandan voters.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu bukan kau sendiri welcoming sprm supaya siasat ko?
Dah kenapa bising?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya rafizi puji sprm cepat amik tindakan...
Tak perlu takut kalau tak buat salah..
Berani kerana benar !!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut ko buat report pasal tuduhan ko tu
Bukan ko pung pang pung pang merata ke hulu ke hilir
Ko kena siasat sebab ada report
Salah siapa nakkk?????
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpuluh-puluh tahun Anwar & taik-taik PH canang rasuah Mahathir... Tup tup PH naik jadi kerajaan pusat siap lantik Tipah Koya PKR jadi ketua SPRM terus diam tak berkutik langsung lahanat lahanat ni tentang isu rasuah Mahathir.... Tup tup kes rasuah Gone Eng pulak yg ditutupnya.

Rafizi & taik taik PH ni beginilah teknik kempen mereka.... Fitnah dulu untuk create negative perception terhadap lawan... Lepas tercapai matlamat mereka, takde apa2 tindakan pun walaupun dah dapat kuasa menyiasat & mendakwa ke mahkamah

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:37 PM | Show all posts
Azharitubunga replied at 16-11-2022 12:29 PM
Patut ko buat report pasal tuduhan ko tu
Bukan ko pung pang pung pang merata ke hulu ke hilir
Ko ken ...

Kalau ikut acik porems, salah DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:38 PM | Show all posts
dia ni bijak tp bodoh.... sape yg faham, faham la....kalau nk serang or nk attack or nk jatuhkan seseorang etc kena pandai atur stategi bukan memekak tak tentu hala.. kena tahu kedudukan diri sendiri etc sebelum nak buat sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:39 PM | Show all posts
elzy replied at 16-11-2022 11:29 AM
Bosanlah cerita recycle, personal attack sana sini.. Negara kita ada saluran undang-undang, buatlah  ...

Amboii semasa rosmah dan najib kena personal attack tiada pula adik berkata begini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 12:45 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 16-11-2022 12:47 PM

inilah bukti malaysia dah rosak serosak2nya...

bodoh punya azam baki.piji dah warn haritu sprm boleh siasat kompeni dia tapi akn buang masa sprm sbb dia tahu dia takde salah pape..drpd buang masa sprm gitu baik la pi siasat yg betul2 ada skandal berbillion tuh.


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 16-11-2022 12:45 PM
inilah bukti malaysia dah rosak serosak2nya...

bodoh punya azam baki.piji dah warn haritu sprm bole ...

rileks..siasat jer pon bkn bererti dh bersalah...yg menggelupor tu...dh...kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:58 PM | Show all posts
Skuau replied at 16-11-2022 12:51 PM
rileks..siasat jer pon bkn bererti dh bersalah...yg menggelupor tu...dh...kenapa???

dia tak menggelupor pon..yg dia persoal knp byk kes songlap yg tgh kecoh skrg tapi sprm tak siasat.tu je
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x bersalah jgn takut piji.. Skang hang rasa laa.. Silap2 lepas pru join kluster mahkamah ph pulak.. Pengajarannyaa jgn mudah sembang kesalahan org lain.. Kempen laa secara positif.. Wallahualam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.403000 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list