Empat hari lagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan, jadi sudah pastinya ramai yang tak sabar nak keluar mengundi.
Di Tiktok, "sound" awak mengundi kat mana menjadi trending dan digunakan ramai pengguna Tiktok untuk membuat content. Pelakon Mawar Rashid turut "terjebak" dan berkongsi video miming menggunakan sound tersebut.
Awak mengundi kat mana?
"Kuala Lumpur"
Ditanya lagi, bila tarikh mengundi?
"Rahsia...rahsia"
Macam mana cara mengundi?
" Saya pangkah..pilihan yang saya sukalah"
Netizen begitu terhibur dengan perkongsian Mawar kerana ia bukan lagi rahsia selepas Mawar dengan terang-terangan memakai baju Perikatan Nasional ketika menjawab soalan yang diberikan.
Boleh tahan juga Mawar berjenaka, suruh teka dia undi apa. Susah juga soalan tu.
Dalam perkembangan lain, Mawar dan suami, Raf Yaakob baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-5 semalam. Jom tonton video ini, "bersemut" dibuatnya.
Selamat ulang tahun perkahwinan buat Mawar dan Raf, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. - CARI- CARI
|