View: 459|Reply: 0
|
[Tempatan]
Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam banjir kilat
[Copy link]
|
|
Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam banjir kilat
KLANG: Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat serta parit yang tersumbat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kawasan terbabit adalah Jalan Meru 3; Persiaran Hamzah Alang; Jalan Kasban; Jalan Kenangan; Taman Daya; Jalan Khamis; Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.
Bomba menerima panggilan mengenai banjir di kawasan berkenaan sekitar jam 4.15 petang.
Susulan itu seramai 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang bergegas ke lokasi.
"Beberapa jalan serta perumahan di sekitar pekan Meru dinaiki air susulan hujan lebat serta longkang tersumbat. Anggaran kedalaman banjir adalah sekitar 0.3 meter dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini selain trend air banjir juga semakin menurun.
"Bagaimanapun, bomba akan meneruskan pemantauan di lokasi," katanya dalam kenyataan.
https://assets.bharian.com.my/im ... ang2_1668076213.jpg
Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat serta parit yang tersumbat. - Foto Bomba
Dalam pada itu, sebanyak 20 rumah di Taman Setia Warisan Seksyen U6 terkesan akibat limpahan air sungai berhampiran susulan hujan lebat.
Norazam berkata, anggaran kedalaman banjir adalah sekitar satu meter dan trend air dilihat semakin meningkat.
"Hingga kini, tiada pemindahan dilakukan dan pemantauan masih dilakukan pihak kami," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan pemantauan di Facebook dan Twitter, beberapa kawasan lain turut dinaiki air antaranya, Jalan Haji Abdul Manan, Taman Seri Puteri, dan Jalan Limau di Meru; Taman Seri Sementa; Klang Sentral; Sungai Kapar Indah; Persiaran Hamzah Alang Kapar dan Bandar Puteri Klang.
Turut dinaiki adalah Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman, Seksyen U10.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... h-alam-banjir-kilat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|