CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1887|Reply: 3

Tegar Dihalau Selepas Gagal Bayar Sewa, Risau Ibu Bapa Beberapa Tak Makan & Tiada Tempat Tidur

  [Copy link]
Post time 9-11-2022 05:14 PM | Show all posts |Read mode
IG Tegar




Tegar Septian sekali lagi berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar sewa rumah yang turut didiami ibu bapanya.


Disebabkan masalah itu, pemilik rumah sewa berkenaan meminta keluarga penyanyi berusia 22 itu mengosongkan premis tersebut kerana mahu diberikan kepada bakal penyewa baharu.













"Aku kesian dengan orang tuaku. Kalau aku tidak bayar orang tua aku mahu tidur di mana?


"Apa lagi yang harus aku lakukan? Aku harus bayar sewa rumah," katanya.


Bekas peserta Big Stage 2022 itu berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.













Menerusi paparan perbualan WhatsApp dengan ibunya, Tegar mendedahkan wanita itu tidak makan sejak beberapa hari disebabkan masalah kewangan.


Dalam masa sama, Tegar juga menjelaskan antara punca dia berdepan dengan situasi sebegini adalah disebabkan sering ditipu dan tidak menerima wang royalti kerjaya seninya.


"Kenapa jadi begini... aku selalu kena tipu. Semoga anda semua faham apa maksudku. Royalti pun aku belum dapat sepenuhnya," jelasnya.








Dalam masa sama, Tegar juga dilihat berjalan-jalan di sebuah kawasan sunyi tanpa arah tujuan susulan masalah yang dialami.


Tegar sebelum ini juga pernah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat kembali menjadi penyanyi jalanan dek kerana kurang tawaran persembahan.




Sumber: mStar








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu la. Kalau duit yg dia dapat tu, dia sambung SMA kan bagus. Pendidikan menjamin masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 04:54 PM | Show all posts
masuk Big Stage bkn dpt duit ke..ke dh abes..bercerai pulak tu..masa big stage kemain rindu2 kt bini
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni senang je. Kalau kerjaya sebagai penyanyi x laku, cari la kerja lain. Dulu dalam rancangan i live alone ada special episode sorang idol 1st gen jadi penghantar barang/runner sebab sedar yg diri x belajar pandai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.147967 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list