CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 1

Sepupu pemilik Manchester City minat beli Liverpool?

[Copy link]
Post time 9-11-2022 02:16 PM | Show all posts |Read mode

Sheikh Khaled Zayed Al Nehayan

  


LONDON: Liverpool mungkin menjadi kelab Liga Perdana Inggeris terbaharu dimiliki jutawan Arab selepas Fenway Sports Group (FSG) meletakkan juara Eropah enam kali itu di pasaran untuk dijual.

Membeli Reds dengan harga 300 juta pound (RM1.63 bilion) pada 2010, hartawan Amerika Syarikat (AS), John Henry, pemegang saham terbesar FSG menaikkan nilai kelab 1,200 peratus kepada 4 bilion pound (RM21.75 bilion).

FSG sudahpun mengupah syarikat pelaburan terkenal, Goldman Sachs & Morgan Stanley untuk menjalankan proses penjualan.


JOHN W. Henry (tengah) meletakkan 4 bilion pound sebagai nilai Liverpool.

“FSG sering menerima luahan pihak ketiga yang berminat menjadi pemegang saham Liverpool.

“FSG telah menyatakan sebelum ini bahawa di bawah terma dan syarat yang betul kami akan mempertimbangkan pemegang saham baharu jika ia demi kepentingan Liverpool dan kelab,” kata FSG dalam satu kenyataan semalam.

FSG menerima hakikat mereka sukar bersaing secara kewa­ngan dengan Sheikh Mansour (pemilik City) dan konsortium Arab Saudi yang memiliki Newcastle.

REDBIRD

RedBird Capital Partners, diketuai Gerry Cardinale yang membeli 11 peratus kepenti­ngan FSG tahun lalu menjadi pilihan utama membeli Reds.

Pada Ogos lalu, RedBird membeli AC Milan dalam perjanjian lebih 1 bilion pound (RM5.44 bilion).

Mereka turut memiliki Boston Red Sox, Pittsburgh Penguin, Toulouse FC, Rajasthan Royals, YES Network, Syarikat SpringHill, Skydance Media, XFL, OneTeam Partners dan Dream Sports.

SHEIKH KHALED BELUM PUTUS ASA


PEMILIK Manchester City, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan (tengah).

Sejurus selepas gagal membentuk Liga Super Eropah, Mirror Football mendedahkan, Henry me­nerima tawaran 3 bilion pound (RM16.33 bilion) daripada hartawan Arab pada April 2021, namun menolak­nya.

Keputusan Henry meletakkan Reds di pasaran mungkin kembali menarik minat hartawan Abu Dhabi, Sheikh Khaled Zayed Al Nehayan untuk memiliki juara Liga Perdana 19 kali itu.

Sheikh Khaled yang merupakan sepupu kepada pemilik City, Sheikh Mansour juga gagal dalam cubaan membeli Liverpool daripada FSG pada awal 2018 dengan tawaran 2 bilion pound (RM10.89 bilion) ketika itu. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... nat-beli-liverpool/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2022 02:48 PM | Show all posts
jangan balik raya nanti gaduh kt rumah tok wan dah la orang sibuk sibuk bakau lemang... dua mamat ni bergaduh pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.253462 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list