View: 1709|Reply: 19
|
[Jenayah]
Mengaku perdagang isteri untuk seks
[Copy link]
|
|
Mengaku perdagang isteri untuk seks
SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lalu. FOTO Azrul Edham
Seremban: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita bagi tujuan eksploitasi seks, akhir bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 35 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.
Menurut pertuduhan, tertuduh memperdagangkan seorang wanita berusia 35 tahun tiga bulan yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi seks pada 30 Oktober 2022, kira-kira jam 1.30 petang dalam satu bilik di sebuah hotel di daerah Kuala Pilah. i
Dengan itu, tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 (Akta 670).
Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung mencadangkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh memandangkan mangsa pemerdagangan adalah isterinya sendiri.
Jika mahkamah mahu menawarkan jaminan, dia meminta satu jaminan yang tinggi ditetapkan termasuk syarat tidak mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat.
Pihak pendakwaan juga meminta mahkamah mengeluarkan perintah supaya identiti mangsa tidak didedahkan di mana-mana media atau berita.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tiada jaminan diberikan dan mengeluarkan perintah identiti mangsa tidak didedahkan di media.
Sementara itu, di kamar berlainan, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed atas pertuduhan hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan wanita sama pada 30 Oktober 2022, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara selama tempoh sehingga 15 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abu Hassan.
Sebutan semula kedua-dua pertuduhan bagi pendengaran fakta kes dan rayuan pada 21 November 2022.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-isteri-untuk-seks
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya wife tu..
Cerai jelah..laki tak guna ni elok ditoron je dalam jail |
|
|
|
|
|
|
|
isteri tu rela ke tak? eh pelik2 la manusia skrg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak jual je bontot sendiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai bank. bkn pkerja buruh ke cleaner ke smpi jual bini.. Melampau betul! |
|
|
|
|
|
|
|
ada hutang Along ke? sampai lacur bini sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
omg omg.. Malaysia ke nie........ |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti swing binik ni. bukan perdagang sesaja. kat malaysia ade forum swinger ni |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 isterinya sanggup utk di lacurkan |
|
|
|
|
|
|
|
melekaifc: ni mesti swing binik ni. bukan ...
Kalau swing kena bayar jugak ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel kat Kuala Pilah???
Hotel yang same kes tokey jambu tu ke?
if same hotel..reputation dah hampir on par with hotel lorong haji taib..
both this case related to sexual exploitation..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru betul2 dayus. Sialnya dapat laki ginih. |
|
|
|
|
|
|
|
Swinger kot nih.. huhuuhu |
|
|
|
|
|
|
|
kuaja btl..mohon sebat smpai lunyai org cani |
|
|
|
|
|
|
|
Ni swinger kot, u taste mine, i taste your's. Xkn la gaji kerja bank gaji min 1500. Ke xkn demi projek/jawatan sanggup korban bini. Bayar jela yg 'willing' utk servis tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 9-11-2022 07:08 PM
Ni swinger kot, u taste mine, i taste your's. Xkn la gaji kerja bank gaji min 1500. Ke xkn demi proj ...
Macam Indecent Proposal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|