CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] Mangsa sakit terperangkap banjir selamat dipindahkan

[Copy link]
Post time 8-11-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode


BANTU: Anggota bomba membantu mangsa yang terperangkap banjir berpindah ke tempat selamat.

KOTA BELUD: Dua mangsa yang terperangkap banjir di Kampung Kerang Benai di sini berjaya diselamatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, BBP Kota Belud menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.15 malam semalam.

Katanya, mangsa yang terperangkap dilaporkan dalam keadaan sakit dan memerlukan bantuan segera.

"Operasi mengeluarkan mangsa ke tempat selamat menggunakan bot fiber penyelamat.

"Mangsa  kemudiannya dihantar ke hospital oleh pasukan polis untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan keadaan selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 11.58 malam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052942 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list