CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

4 Maut, 4 Parah Dirempuh Dalam Majlis Perkahwinan

[Copy link]
Post time 7-11-2022 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Empat maut manakala empat lagi cedera parah pada awal Ahad selepas sebuah kereta merempuh tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di Sepanyol selepas bergaduh.


Susulan kejadian itu, polis telah menahan tiga suspek dan sedang mencari individu yang keempat berhubung insiden maut itu.




Gambar hiasan




Pergaduhan tercetus pada awal pagi di hadapan sebuah restoran yang menganjurkan majlis perkahwinan di Torrejon de Ardoz, kira-kira 25 kilometer (16 batu) timur laut Madrid.


Selepas pertikaian itu, sebuah kereta merempuh tetamu perkahwinan dan kemudian memecut laju.


“Apabila kami tiba di tempat kejadian, kami mendapati empat orang telah meninggal dunia akibat beberapa patah tulang,” kata Carlos Polo, ketua perkhidmatan kecemasan Madrid.


Empat lagi yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.


Polis berkata, kereta itu berjaya dipintas 50 kilometer dari tempat kejadian sejam kemudian di Toledo.


Tiga penumpangnya ditahan termasuk seorang lelaki berusia 35 tahun dan dua anaknya.


Suspek keempat sedang diburu.




Sumber: MalaysiaGazette






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.174007 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list