View: 612|Reply: 3
|
Jamal Yunos Buat Laporan Polis Terhadap Ahli Politik Muat Naik Poster Berunsur Fitnah, Perkauman
[Copy link]
|
|
Calon BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat satu laporan polis terhadap satu akaun milik seorang ahli politik di laman Twitter yang memuat naik poster berunsur fitnah dan menyemarakkan sentimen perkauman.
Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, poster yang menuduh dan mengaitkan Jamal itu dibimbangi berpotensi mengganggu-gugat ketenteraman awam dan berunsur hasutan.
Jamal (tengah) bersama peguamnya, Mohd Imran (kiri) selepas membuat laporan polis semasa sidang akhbar di IPD Sabak Bernam pada Isnin.
Menurutnya, kenyataan dimuat naik pemimpin terbabit menggunakan poster kempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 2016 itu secara jelas berbentuk fitnah yang menyentuh peribadi Jamal.
"erkara ini (papan iklan berunsur rasis) sudah dijelaskan Jamal beberapa kali semasa kempen PRK Parlimen Sungai Besar kerana ia jelas berniat jahat," katanya semasa sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada Isnin.
Mohd Imran berkata, hantaran di Twitter itu juga dimuat naik secara berniat jahat dan mengambil kesempatan sempena tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, perbuatan itu dilakukan bagi menggugat keselamatan dan juga peribadi Jamal sepanjang tempoh berkempen.
"Kita tahu semakin hari suhu politik meningkat dan ia jelas menyentuh isu perkauman dan perjalanan serta keselamatan calon kita dalam tempoh berkempen.
"Demografi pengundi di Sungai Besar misalnya khususnya di Bagan Sungai Besar dan Sekinchan ini majoriti kaum Cina, kalau mereka percaya dan terbaca akan menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan keselamatan," ujar beliau.
Sehubungan itu, katanya, polis diminta mengambil tindakan tegas agar perbuatan sama tidak berlaku sepanjang tempoh pilihan raya ini.
"Saya juga menyelar tindakan parti lawan kerana tindakan ini memperlihatkan mereka tidak matang dalam politik kerana menimbulkan sentimen perkauman.
"BN sepanjang kempen pilihan raya ini tidak pernah sekali pun menyentuh isu berkaitan sensitiviti kaum dan agama apa lagi perkara menggugat keharmonian," kata beliau.
Katanya, perkara itu perlu disiasat mengikut Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan (Akta 574) selain Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sementara itu, Jamal berkata, tindakan dilakukan parti lawan itu jelas menunjukkan sifat sebenar pemimpin terbabit.
Malah, tegas beliau, perlakuan itu juga membuktikan parti lawan tidak mempunyai modal kempen bersih melainkan bersifat rasis dan fitnah semata-mata.
"Mereka ciplak perkara lama yang bukan saya lakukan kerana papan iklan yang dipasang pada PRK Parlimen Sungai Besar pada 2016 itu telah diakui dinaikkan oleh pemimpin parti lawan," katanya.
Sebelum ini tular pemimpin politik memuat naik semula gambar poster papan iklan yang berbaur rasis digunakan dalam kempen PRK Parlimen Sungai Besar di laman Twitter.
Ahad lalu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis telah membuat semakan berhubung poster dimuat naik tersebut.
Katanya, satu kertas siasatan juga sudah dibuka pada Jun 2016 berkaitan isu papan iklan kempen pilihan raya tersebut.
"olis menasihatkan orang ramai tidak memuat naik sebarang isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian dan kelancaran proses PRU15," kata beliau.
Sumber: Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
dah memang itu tugas mereka
hormatilah |
|
|
|
|
|
|
|
dapig la tu. si komeng drh komunis yg up. x pelikk dua2 hauk. bn n dapig |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup lagi kutu babi ni
Konon kena fitnah, kau fitnah org xpe? manusia
giler |
|
|
|
|
|
|
| |
|