View: 798|Reply: 8
|
Polis Nafi Potong Barisan Ketika Cuci Kereta Peronda
[Copy link]
|
|
Polis Brickfields menafikan anggotanya memotong barisan ketika mencuci kereta peronda di sebuah pusat cuci kenderaan di Pantai Dalam, di sini.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan satu gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) berserta ciapan bertanya adakah kenderaan polis boleh potong barisan semasa cuci kereta.
Ciapan yang tular di media sosial. Foto ihsan PDRM
"Hasil pemeriksaan awal mendapati MPV itu dinaiki anggota bertugas Balai Polis Pantai yang pergi ke kedai mencuci kereta di kawasan Pantai Dalam kerana kotor.
"Sebaik sampai di lokasi, anggota bertugas meletakkan kereta di bahagian belakang kedai dan menunggu giliran.
"Anggota terbabit tidak meminta untuk potong barisan sebaliknya pekerja kedai itu yang menyuruh masuk dulu untuk dibasuh. Selepas selesai dibasuh, anggota membayar dan beredar untuk meneruskan penugasan rondaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan pihaknya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan mereka didapati bersalah akan diambil tindakan tegas.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, tular di media sosial ciapan berkenaan 'Nak tanya sikit polis basuh kereta memang takyah beratur ke? Boleh potong semua orang yang tengah tunggu turn?' yang mendapat reaksi netizen.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ya pon takpe la
kereta peronda kot |
|
|
|
|
|
|
|
benci betul natizen dengan penjawat awam ek? |
|
|
|
|
|
|
|
klu aku buka kedai cuci kete pn, aku suh cuci dlu kete polis ni dulu, mana tau dorg ada hal penting nk selesaikn, ada jenayah ke tmpt lain.. mudahknla tugas dorg
lainla klu dia santai2 pakai baju biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tukang ciap pun tolonglah get a good life. Bukan luak pun kalau kau redha ikhlas biarkan kereta polis tu kena cuci duluan walaupun dia datang kemudian dari kau. Cubalah positif sikit minda tu. Takut nanti kau juga yang terhegeh hegeh hegeh hegeh hegeh nak segera khidmat dorang... Hmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lagi rela kena potong queue dgn kereta peronda mcm ni, drpd kena potong queue dgn Alpard Albabi dgn Vellfire VellNeraka yg driver kuli batak drive, utk Dato2 beli yg hanjing.
Aku benci dgn driver2 semua tu semua. Nmpk sgt sekolah tak tinggi, jadi balaci Dato2 beli. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju..pernah kena dua kali dengan alasan dia bayar 2 kali ganda,depan pakai lambang dato'..silap2 dato' beli..macam k*ma*
|
|
|
|
|
|
|
|
aik karang kalau diorg duk bersembang lama sambil tunggu giliran korang kata diorg makan gaji buta pulak. stuju kalau kereta peronda diberi keutamaan. |
|
|
|
|
|
|
|
epullipan replied at 8-11-2022 09:15 AM
setuju..pernah kena dua kali dengan alasan dia bayar 2 kali ganda,depan pakai lambang dato'..silap ...
Ohoiiiii. Mmg haramJadah kan, mereka2 ni.
Muka sekor2 berkarat, gigi itam isap rokok, lagi nak acah2 kaya, Pdhal kulibatak, tukang drive boss kulu kilir.
Boss plk, Dato beli. Gegeh tampal logo dekat plate. Kalau accident, mampos jugak sekor2. Takde nye lah logo tu boleh selamatkan nyawa dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|