CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

Ronaldo 'bergusti' atas padang

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO dan Mings bergelut dalam kotak penalti. FOTO Reuters

London: Manchester United tewas 1-3 kepada Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris namun apa yang menjadi bualan di media sosial ialah 'pertarungan gusti' antara penyerang United, Cristiano Ronaldo dengan pertahanan Villa,Tyrone Mings di Villa Park semalam.

Bintang Portugal berusia 37 tahun itu bergelut dengan Mings dalam kotak penalti ketika United melancarkan serangan ke kubu Villa.

Dia cuba melepasi kawalan pertahanan England itu dalam usaha mencari ruang untuk bergerak tetapi Mings tidak mudah diperdaya dan berlaku pergelutan sesama mereka.

Ronaldo akhirnya menghumbankan Mings ke tanah yang menyebabkan pemain Villa yang lain mengerumuni kapten United itu.


Penelitian VAR mendapati kedua-duanya melakukan kesalahan dan mereka dilayangkan kad kuning oleh pengadil Anthony Taylor.

Insiden 'gusti' itu menarik perhatian penyokong di Twitter dengan ada yang berkata: "Mings dihumban dengan teruk."

Seorang lagi menambah: "Mings sukarkan Ronaldo, seperti biasa dia naik angin."

Peminat lain mencadangkan: "Ronaldo perlu mencuba nasib dengan gusti selepas dia bersara!"

Manakala penyokong keempat berkata dengan nada jenaka: "Ronaldo boleh keluar dari poket Mings sekarang jika dia mahu."

Ronaldo dilantik menjadi kapten United buat kali pertama di bawah kendalian Erik ten Hag yang menganggap pemain veteran itu pemimpin semula jadi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ergusti-atas-padang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.134169 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list