View: 695|Reply: 12
|
Ramanan Cabar KJ Duduk Depan-depan Jawab Soalan
[Copy link]
|
|
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan mendedahkan kerusi berkenaan bukanlah pilihan utama atau terakhir Khairy Jamaluddin tetapi satu-satunya pilihan yang ada buat calon Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut Ramanan, sekiranya Khairy tidak memperoleh kerusi berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, beliau tidak akan mempunyai sebarang kerusi untuk ditandingi.
Jelasnya, BN merupakan kerajaan yang tidak stabil dan perkara itu dibuktikan dengan tindakan mereka menempatkan Khairy bertanding di Parlimen Sungai Buloh.
Foto: Utusan/FB KJ
“Kita lihat saudara Khairy yang bertanding di sini, dari Rembau dia dihantar ke Kuala Pilah tetapi tidak diterima dan dia dihantar ke Tampin juga tidak diterima, dia kena buang ke Padang Besar lepas itu tengok-tengok keluar berita dia nak ke Alor Gajah, sampai-sampainya dia di Sungai Buloh.
“Saya nak tuan-tuan dan puan-puan tahu ini, dia bukan pilih Sungai Buloh sebagai pilihan satu, dua, tiga, empat dan anda juga bukanlah pilihan terakhir KJ tapi anda hanyalah satu-satunya pilihan, tiada Sungai Buloh dia tiada kerusi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Paya Jaras di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, di sini malam tadi.
Dalam ceramah yang sama, Ramanan turut meminta Khairy untuk memberi penjelasan mengenai beberapa skandal yang melibatkan diri Menteri Kesihatan tersebut seperti ECM Libra, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) sebelum ini.
“Saya cabar dia mari, saya bina pentas bagi dia duduk depan-depan jawab apa yang saya tanya, skandal dia sampai hari ini tiada penjelasan.
“Benda-benda ini ada tapi dia sembunyi dalam internet saya tidak tahu kenapa sampai hari ini, kita sudah lupa dan saya tak nak ungkit bila dicabar kena cabarlah balik,” katanya.
Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Mohd Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.
Sumber: UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan dilayan. KJ, Teruskan perjuangan |
|
|
|
|
|
|
|
saya ulang ye tuan2,puan..undi la saya sb tak pernah ada skandal...kanapa...sb saya x pernah jd YB,tak pernah jd menteri- |
|
|
|
|
|
|
|
Ramanan ni yg ada kes mahkamah ke sblm ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha kau pun lari dari parti sebab kes rasuah hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis2 yg KJ buat.. ada buruk2kan pihak lawan x? suka pulak aku tgk KJ pi hiking kat eko rimba KD tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahler, aku tgk kj ni ngempen xde burukkan org pun. Walaupun nmpk kerusi sg buloh tu nk end up karier dia. Tp dia nmpk positif |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke kempen aman² tanpa memburukkan lawan mcm si kj buat |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk je nak mengata orang.. yang parti kau bertanding melompat sana sini macam beruk tu apa cerita pula |
|
|
|
|
|
|
|
seripahzeripah: Tak boleh ke kempen aman² tan ...
Dia mcm ni. Bila xde achievement utk dinaik-naikkan, maka yg mampu adalah pihak lawan diturun-turunkan, kikiki... |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 7-11-2022 04:05 PM
jangan dilayan. KJ, Teruskan perjuangan
Agak agak ko dia berani tak sebut ttg keperluan vaksin utk menangani kemasukheun wave baru cobid skg ini considering he is still the interim minister of health atau sebut kalau tak vaksin juga dia akan buat hidup rakyat susah?
He knows betapa rakyat dendam dia macam Barbie lemak kerana threaten rakyat dgn ugutan ayat yg samanya tak lama dulu…. Dan rakyat have to live with many uncertainties with vaksin already in their bodies….
Jenis pandai face2(muka muka) this kavajayjay |
|
|
|
|
|
|
|
Kj x memburukkan lawan??????? bij plisss |
|
|
|
|
|
|
| |
|